KUALA TERENGGANU – Tommy Thomas tidak layak menjadi Peguam Negara dan perlu meletakkan jawatan kerana gagal memelihara Negara daripada tersilap menandatangani Statut yang mendedahkan Raja Raja Melayu, Agama Islam dan Keistimewaan Melayu kepada pelbagai risiko.
Anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, menandatanganinya adalah satu kesilapan yang sangat merbahaya.
“Menarik diri dari Rom Statut adalah tindakan yang tepat dan membetulkan kesilapan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya membuat keputusan Malaysia menarik diri dari Rome Statut,” tegasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada petang ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, kegopohan beliau mengiktiraf sijil UEC adalah membelakangkan Kerajaan Malaysia yang dipimpin Perdana Menteri.
“sehingga Tun Mahathir perlu mengingatkan adalah tugas kerajaan membuat keputusan mengiktiraf atau tidak, bukannya Tommy Thomas.
“Tommy Thomas perlu meletak jawatan kerana lebih banyak kesangsian akan timbul dari tindak tanduk beliau dalam melaksanakan tugas sebagai Peguam Negara,” tambah beliau.
Laporan media perdana menyatakan, Malaysia memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah ditandatangani pada 4 Mac lalu.
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet hari ini setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk majlis raja-raja.










