KUALA TERENGGANU – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin sukacita dengan perkembangan pemerintahan Kerajaan PAS Negeri Terengganu.
Baginda amat gembira dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030. yang dibangunkan oleh kerajaan baru setelah mentadbir negeri ini setahun, selepas pilihan raya umum ke-14.2030.
“Beta telah dimaklumkan pelan Pembangunan Negeri Terengganu Darul Iman yang komprehensif telah dibangunkan. Ini Kerana ia menunjukkan bahawa kepimpinan Yang Amat Berhormat, Menteri Besar beserta barisan kepimpinan negeri mempunyai hala tuju yang jelas.
“Bagi memacu Negeri Terengganu lebih jauh ke hadapan sejajar dengan dasar Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) keempat belas, Wisma Darul Iman, Isnin, 1 April.
Sayugia Ahli-ahli Yang berhormat dimaklumkan, baginda memahami pelan yang dibuat mengambil kira dan meneliti dua elemen penting,
“(Pertama) Iaitu pertama permasalahan Negeri Terengganu dalam pembangunan insan seperti Pendidikan, Masalah Jenayah (dan) gejala sosial.
“Dan isu-isu pembangunan ekonomi seperti kadar pertumbuhan KDNK yang rendah, kesukaran menarik pelaburan, kadar pengangguran dan kadar kemiskinan yang tinggi,” titah baginda lagi.
Manakala elemen kedua, titah baginda menyatakan, apa yang difahami ialah kerajaan PAS Negeri Terengganu ialah membangunkan potensi secara optimum.
“Berteraskan kepada kekayaan sumber asli negeri, potensi sector pelancongan, air dan sebagainya,” titah baginda.
Justeru baginda sultan gembira dan menyifatkan bahawa Kerajaan telah menunjukkan kepimpinan yang unggul dengan gandingan Institusi pengendali dan pelaksana.
“PITAS 2030, mampu menjadi pengerak bagi mencapai sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera,” titah baginda.
Justeru baginda bertitah, apa yang difahami ialah kerajaan negeri Terengganu sedang membangunkan potensi secara optimum.

“Berteraskan kepada kekayaan sumber asli negeri, potensi sector pelancongan, air dan sebagainya,” titah baginda.
Dan PITAS 2030, disifatkan baginda bahawa Kerajaan PAS Negeri Terengganu telah menunjukkan kepimpinan yang unggul dengan gandingan Institusi pengendali dan pelaksana.
“PITAS 2030, mampu menjadi pengerak bagi mencapai sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera,” titah baginda lagi.










