Terengganu, Malaysia

Pemuda PAS Wajib Hadir Program Tarbiah

Pemuda PAS Wajib Hadir Program Tarbiah

Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT – Para pemuda PAS disemua peringkat adalah wajib menghadiri program tarbiah yang telah disusun oleh parti itu.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut, Wan Asriazwa Wan Husin menegaskan, pemuda mestilah menghindarkan sifat malas dan sentiasa beruasaha menambah ilmu pengetahuan.

“Pemuda jangan malas untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh parti seperti Tamrin, Ijtimak Tarbawi, Liqa’ dan juga Jaulah.

“aktiviti sebegini sangat penting kepada pemuda kerana ianya dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang perjuangan yang kita dokong ini,” jelasnya.

Pemuda PAS Wajib Hadir Program TarbiahBeliau berkata ketika menyampaikan ucapan dalam Program Rehlah Pemuda PAS Kawasan Besut, Jabatan Amal Besut, Alternative Riding Club (ARC) Besut dan Kadet Amal Besut, di Pantai Bukit Keluang, Besut pada 4 Mac.

Selain itu, kata beliau, melalui sukatan tarbiah dan acara yang diada, para pemuda juga dapat mengeratkan ukhwah disamping menghiburkan hati.

Serama 60 orang anggota sayap kanan PAS Besut daripada semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) turut serta dalam aktiviti diadakan termasuk bola sepak pantai, timbang bola takraw dan bola beracun.
Pemuda PAS Wajib Hadir Program Tarbiah

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan