KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Cakna Darul Iman (Iman Care) menggesa para pendakwah meningkatkan program pengisian agama di Sabah dan Sarawak yang mempunyai rupa bumi yang sangat luas.
Pengerusinya Mohd Nasrun Abdullah berkata, keadaan geografi Malaysia Timur menyebabkan kawasan-kawasan pedalaman dahagakan sentuhan dari para daie.
“Banyak penduduk kawasan pendalaman yang dilihat sangat memerlukan bimbingan kita semua, mereka berada sangat jauh di pendalaman,lektrik dan air pun tak ada disini,
“mereka sangat dahagakan bimbingan ilmu dari kita semua”, ujar Ustaz Muhammad ketika dihubungi selepas misi Dakwah dan Kebajikan di Kampung Dogoton, Sabah.
Menurutnya, kariah tersebut yang terdiri daripada 70 buah rumah, berada di Utara Pulau Banggi dan rata-rata penduduknya dari suku Ubian.
Katanya, tidak ada bekalan elektrik dan air bersih di kampung itu dan para penduduk menggali perigi untuk makan dan minum dengan air payau.
“hanya beberapa buh rumah sahaja yang mampu menggunakan ‘generator’ untuk bekalan elektrik berikutan harga bahan api disini sangat tinggi iaitu RM4 bagi setiap 1 liter diesel dan RM6 bagi setiap 1 liter petrol.
“Iman Care dengan kerjasama beberapa NGO seperti Syahadah Care dan Madrasah Darul Tauhid mengadakan program disini bermula 14 sehingga 17 Feb 2019,” jelasnya.
Kata beliau, program berbentuk pengisian ilmu kepada warga dewasa dan kanak-kanak, serta jamuan dan agihan pakaian dan telekong turut diadakan.
Sehubungan itu, seorag warga tempatan Ali, 65, berkata, mereka sangat mengalu-alukan sesiapa yang sudi mengadaka program dakwah di kampungnya.
“kerana rata-rata penduduk sangat dahagakan ilmu Islam, tak ada siapa nak datang sini kerana dari jeti ke kmpung kami, perlukan masa perjalanan tiga jam, jalan pun bukan elok,” ujarnya ketika bercakap melalui telefon.
Justeru, Nasrun berkata, Iman Care membuka peluang kepada semua pihak agar membantu program dakwah ke kawasan-kawasan terbabit.
“bagi tujuan itu, orang ramai boleh menyumbang ke Tabung Dakwah dan Kebajikan Iman care (Maybank Islamic 5630 6414 6378) dan untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi Saya, Mohd Nasrun di talian 0199822855,” ujar beliau.










