

Kak Timah: Sebagai isteri, apabila nama Ustaz diumumkan sebagai calon PRK Permatang Pasir, saya rasa bangga, berdebar-debar. Bangga kerana ramai yang layak jadi calon tapi pimpinan PAS telah memilih Ustaz, dan berdebar-debar sebab kita terpaksa menghadapi risiko, boleh jadi menang, boleh jadi kalah. Tetapi InsyaAllah, harapan memang itu ada.
Soalan: Bagaimana penerimaan keluarga?
(Gambar – Kak Timah tidak kekok untuk turun ke padang menemui pengundi, masyarakat dan petugas pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir dan sentiasa meelemparkan senyuman dimana sahaja)
Kak Timah: Semua bersyukur. Kami menghargai dan InsyaAllah kami yakin Ustaz mampu menggalas cabaran dan sekiranya menang, dia mampu memikul tanggungjawab sebagai Adun.
Soalan: Apa beza sebelum dan selepas Ustaz menjadi calon?
Kak Timah: Tentulah berbeza…selepas dicalonkan, tentulah sibuk berganda. Dari malam sebelum kempen bermula, sampai ke hari ni Ustaz belum tidur di rumah. Dia berkampung di Pusat Khidmat Adun untuk memudahkan pergerakan.
Soalan: Kak Timah turut merasai kesibukan ustaz?
Kak Timah: Memanglah, sebab saya pun ada program kadang-kadang kena ikut Ustaz, dan ada program berasingan. Jadi sedikit sibuk, tapi biasalah.
Soalan: Kak Timah dijemput untuk menghadiri program-program?
Puan Siti Fatimah: Yelah. Samada dijemput atau melalui muslimat yang mengatur pergerakan ke mana saya perlu pergi untuk bertemu pengundi, bersama-sama dengan masyarakat, melawat orang sakit, bacaYasin, ziarah orang meninggal dan sebagainya.
Soalan: Kak Timah berkorban bantu Ustaz?
Kak Timah: adalah…apabila Ustaz komited dengan PAS, kenalah saya bantu…..anak-anak misalnya, menguruskan anak-anak, urusan kewangan disamping beri semangat kepada ustaz. Sudah semestinya macam tu..lah kan. Bagi setiap isteri mesti berada di samping suaminya di waktu susah atau senang.



























