Oleh : SMN dan RR
KUALA NERUS – Penduduk Kampung Seberang Takir menggesa Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) meneruskan projek Akuapolitan yang telah dilancarkan Mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, dua tahun yang lalu
Setiausaha PAS Cawangan Teluk Ketapang Mohamad Hanafi Muda berkata, bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menjanjikan rakyat setempat dengan pembinaan sebanyak 200 buah rumah di tapak projek tersebut, Kampung Seberang Pak Abu.
“(Dato’ Seri) Najib mari sini tahun 2016 dulu, dia kata projek ini dianggap sebagai felda laut (sea Felda) satu skim sesuai untuk nelayan dan pelbagai inisiatif untuk naik taraf hidup nelayan.
“Razif pula kata RM21 juta nak buat rumah nelayan dan dijangka masa 18 bulan tapi sekarang ini tiada apa satu, tanah kosong lagi, pasir lagi, jadi bila nak buat,” soal beliau.
Seorang lagi penduduk tempatan Ahli Jawatankuasa PAS Seberang Takir BAdarul Hisham Mohamad yang ditemui, menggesa ADUN Seberang Takir memberikan penjelasan tentang projek tersebut yang dianggarkan menelan belanja RM180 juta.


Katanya, Dato’ Seri Razif menggunakan nama Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri yang didakwa beliau pencetus idea kepada perumahan akuapolitan tersebut.
“Jadi kita nak tahu kemana peruntuka tersebut yang saya faham telah diluluskan sejak dua tahun yang lalu tapi sampai hari ini projek kerajaan pusat bawah ECER itu tidak menjadi reality.
Menurut rekod media Najib telah melacarkan priojek akuapolitan Kuala Nerus Terengganu, sebuah program bersepadu untuk meningkatkan taraf hidup nelayan.
Projek yang dilancarkan itu didakwa Najib melbatkan tiga teras strategic iaitu pembangunan modal insan, pembanganun ekonomi menerusi openingkatan aktiviti, pengkomersialan dan pembangunan infrastruktur selaras dengan matlamat rancangan Malaysia ke- 11.
Menurut ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER Dato’ Seri Jebasingam Issace John ia selaras dengan strategi lautan biru kebangsaan.
“Membangunkan projek akuapolitian dengan kerjasam ekrajaan negeri serta agensi2 persekutauan untuk menggabungkan elemn2 penting dalam menghasilkan progeram2 perikanan yang holitik, menyeluruh dan mampan untuk masyarakat nelayan,” ujarnya yang turut hadir dalam program perasmian di Kampung Seberang Pak Abu pada 23 Mei 2016.




























