Pandang Serius Kejadian Lemas

1356

BESUT – Kejadian lemas sering berlaku terutamanya bila tiba musim persekolahan dan ia boleh dikatakan antara kes yang serius kerana kerap kali berlaku.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor menasihatkan ibu bapa agar lebih peka mengawal pergerakan anak-anak terutama bila berada di luar rumah.

“Pantaulah keselamatan anak-anak terutama bila tiba musim tengkujuh.” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga mangsa lemas di Kampung Gong Duek, Hulu Besut, semalam 13 Disember.

Menurutnya, mangsa yang berumur 13 tahun itu merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Putera, ditemui terdampar di tepi sungai selepas empat hari pencarian dilakukan.

Kata beliau, menurut ibu mangsa terbabit, anaknya adalah seorang yang soleh dan baik akhlaknya.

“Arwah seorang anak yang mendengar kata dan tiada perangai buruk.” ujarnya yang redha di atas ujian yang menimpa ketika ditemui di kediamannya,” jelas Ustaz Riduan.

Beliau, turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa yang diiringi Komander Jabatan Amal Besut, Luqman Hakim Hashim telah bersama dengan anggota Polis Besut, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Alternative Riding Club (ARC), dalam misi mencari dan menyelamat.