Oleh: Abd Muhaimin Muhammed
SETIU – Penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial masa kini perlu dipandang serius semua pihak kerana ia boleh memberi impak negatif terhadap pembangunan Negeri dan juga Negara.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Permaisuri (MTD) Ustaz Zul Bhari A Rahman berkata, remaja perlu dibimbing agar menjadi aset terbaik serta sebagai seorang Khalifah yang akan membela agama Allah.
“Remaja hari ini akan membesar menjadi orang dewasa yang akan mengambil alih tapak pucuk pimpinan negara satu masa nanti, semua pihak termasuk ibu bapa wajib memainkan peranan besar dalam membetuk jatidiri mereka.” Katanya


Katanya lagi, “ia adalah sangat penting kerana remaja merupakan golongan sasar yang perlu diberi perhatian bagi menjayakan visi mewujudkan masyarakat yang bermoral juga sebagai muslim yang mematuhi agama Allah.”
Beliau berkata program seumpama ini juga dapat menyampaikan mesej kepada semua remaja agar membuat pilihan yang betul serta memberi kesedaran untuk memelihara diri daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral.





























