“Selamat Pergi Dan Balik Para Mujahid, Mujahidah…..”

8272

Oleh : Hidayah Azlin

SETIU – Tujuh buah bas selamat bertolak dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi ke Kuala Lumpur untuk turut serta Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD, dengan iringan doa agar selamat pergi dan kembali.

Pengerusi Majlij Tindakan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata himpunan diadakan bagi menyatakan mesej kita sebagai bumiputera yang sebenar.

“Moga kita dapat menyampaikan hasrat sebagai orang melayu di muka bumi tanah melayu ini yang tidak mahu hak kita digugat.” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika menyantuni beberapa buah bas sebelum bertolak pada Jumaat malakm Sabtu, 7 Disember.

Menurut beliau, ketegasan yang ditunjukkan terhadap unsur-unsur pencabulan hak ini perlu diberi perhatian yang serius.

“Garis merah yang menjadi sempadan telah lama kita bertolak ansur dan toleransi dilanggar dengan mudah bagi mereka yang cuba mencabulnya.” tegas beliau yang juga Ahli Jawatakuasa Kerja PAS Pusat.

Katanya, beberapa buah kereta persendirian dan konvoi bermotosikal Pemuda Jabi telah bergerak pada sebelah siangnya.

“Kita bermusafir dengan satu tujuan yang baik. Mudah-mudahan himpunan ini berjaya mencapai matlamat. Semoga Allah melindungi perjalanan kita pergi dan balik..” tambahnya