Parti Rashid Ganouchi dijangka menang pilihanraya Tunisia

828

Parti anNahda, dibawah pimpinan Sheikh Rashid Gabouchi dijangka menang, walaupun tidak mencapai majoriti dalam pilihanraya bebas pertama setelah bekas Presiden Zainal Abidin Ali digulingkan 9 bulan lalu.

Demikin dilaporkan oleh agensi berita utama antarabangsa.

[Gambar – lebih 1,000 orang menyambut kepulangan Sheikh Rashid pada 30 Januari lalau, setelah tinggal dalam buangan selama 22 tahun]

Rakyat Tunisia yang keluar mengundi hari ini Ahad 23 oktober, akan memilih 217 wakil rakyat yang akan merancang perlembagaan baru dan mentadbir negara tersebut.

AnNahda ditentang oleh pesaing utama, Partai Demokratik Progresif (PDP) yang berhaluan tengah dan sekular dan parti etTajdid

Hasil kajian kecenderungan poltitik pada Mac 2011 mendapati anNahda adalah parti paling popular yang mendapat sokongan 29% diikuti PDP 12.3% dan etTajdid mendapat sokongan 7.1%.

Ratusan pemerhati dari antarabangsa dan tempatan telah memantau perjalanan pilihanraya Tunisia.

Dianggarkan seramai tujuh juta pemilih membuang undi yang ditandingi oleh 100 parti politik dan calon-calon bebas.

Keputusan penuh pilihanraya Tunisia dijangka diketahui esok, Isnin 2 Oktober.