Libya; Pertempuran sengit di Bani Walid

897
Pasukan NTC di Bani Walid

Sirte dan Bani Walid adalah beberapa benteng terakhir pasukan yang masih setia kepada bekas regim Gaddafi.

Pasukan pemerintahan sementara Libya (NTC) menyatakan sudah mulai memasuki kota Bani Walid, salah satu benteng terakhir pendokong pasukan yang masih taat pada Kolonel Muammar Gaddafi.

Komandan tentera NTC melaporkan mereka menghadapi tentangan hebat dari lawan di bandar itu, yang terletak kira-kira 170km ke tenggara Tripoli.

Sementara pertempuran yang berlanjutan juga berlaku di bandar kelahiran Gaddafi, di Sirte.

Di Tripoli, jentera-jentera berat, traktor dan lain-lain, mula meratakan kompleks kediaman Gaddafi yang dibina umpama benteng di Bab al-Aziziya.

Menurut pemimpin NTC, tindakan itu bertepatan kerana sudah tiba saatnya “enghapuskan simbol kezaliman”.

Seorang komandan NTC berkata pasukannya telah mengepung Bani Walid sejak Ahad lalu 16 Oktober  dari arah utara dan selatan setelah sebelum itu, melancarkan serangan meriam terhadap kedudukan tentera penggempur pro-Gaddafi.

“Pagi ini kami menyerbu dari barat daya. Siangnya orang-orang kami sudah masuk kota. Tapi perlawanannya sengit sekali” kata komandan NTC Jamal Salem kepada AFP.

Di bandar terbabit, dianggarkan  masih ada seramai 1.500 pendokong Gaddafi.