Seruan Hadir Ke Himpunan Mujahidah 5.0

1580
Mujahidah 4.0 Kuala Nerus

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS menyeru semua ahli dan penyokong hadir beramai-ramai ke Himpunan Mujahidah 5.0.

Naib Ketuanya, Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, program tahunan Muslimat Kuala Nerus itu akan di adakan di Kompleks Tarbiyah At -Taqwa (KOMTAQ) pada esok Sabtu 3 November.

Katanya, himpunan tersebut bertujuan memperkukuhkan Ukhuwah Islamiyah yang sedia terjalin dikalangan muslimat.

“(Ia) meningkatkan semangat jihad dan daya juang yang tinggi dalam mendepani cabaran mempertahankan kemenangan.

“(dan) memperkasakan gerakerja parti di semua peringkat, (serta) melahirkan lebih ramai mujahidah yang istiqamah dan sanggup berkorban apa saja demi perjuangan Islam,” jelasnya.

Tuan Roslina

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media pada kelmarin, Khamis 1 November.

Menurutnya, Himpunan Mujahidah, Kawasan Kuala Nerus dapat diadakan buat kali kelima pada setiap tahun.

Selain itu menurut Tuan Roslina, anugarah tokoh akan di sampaikan kepada aktivis muslimat daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ada anugerah jasamu di kenang – Almarhumah Nurmaizan Hashim aktivis Dewan Muslimat Kuala Nerus (Setiausaha Lajnah kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT).

“dan acara persembahan Ameerah yang menunjukkan muslimat sentiasa rai semua peringkat umur untuk terus bangkit laksana kerja Islam, berdakwah dalam masyarakat,” tambahnya.

Justeru, beliau selaku Pengarah program mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Kawasan Kuala Nerus, Penasihat, semua ahli jawatankuasa dan semua petugas yang telah berusaha menjayakan Himpunan Mujahidah pada kali ini.