Hi-Tea & Pelancaran Blog Dewan Muslimat PAS Terengganu

941

Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) di bawah kepimpinan ketua baru, Puan Hajjah Maznah Muftahuddin begitu bersemangat untuk meningkatkan kesedaran muslimat dalam menggunakan teknologi internet dalam menyampaikan maklumat dan dakwah semasa.

Sehubungan dengan itu, satu pelancaran media baru bagi wadah untuk DMPNT menyampaikan isu-isu terkini kepada jentera penggerak khasnya telah dilancarkan. Selain blog di alamat url www.dmpnt.blogspot.com, Fan Page dan Twitter DMPNT juga telah direalisasikan serentak dalam majlis hi-tea itu.

Majlis telah disempurnakan oleh YBM Dato’ Tg. Hasan Tg. Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (adun) Ladang menggantikan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Negeri Terengganu, Ustaz Saiful Bahri yang tidak dapat hadir.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengharapan dari Ketua Lajnah Penerangan dan Dakwah DMPNT sendiri. Beliau mengharapkan agar muslimat sebagai jentera parti tidak takut untuk belajar menggunakan media baru sebagai jentera yang mampu menyampaikan penerangan kepada masyarakat. Beliau juga berharap agar kehadiran bloggers tempatan yang diundang dapat membantu meluaskan promosi blog DMPNT.

>>> Baca lagi dari sumber>>>