Terengganu, Malaysia

Rumah Mampu Milik; PAS Terengganu Komited Laksanakan Manifesto

Rumah Mampu Milik; PAS Terengganu Komited Laksanakan Manifesto

Oleh : DMS

SETIU – PAS Terengganu kini komited untuk menunaikan janji manifestonya untuk membina rumah mampu milik (RMM) kepada rakyatnya yang layak sepertimana terkandung dalam manifestonya di PRU 14 yang lalu.

Timbalan Pesuuruhjaya 1 PAS Terengganu, Doktor Alias Razak berkata kerajaan negeri telah memutuskan untuk membina sebanyak 700 unit RMM dahulu sebelum berakhirnya tahun ini di empat buah daerah yang telah dipilih.

Rumah Mampu Milik; PAS Terengganu Komited Laksanakan Manifesto

“Kampung Tok Jembal (Kuala Nerus), Kampung Tempinis (Setiu), Kampung Gong Cengal (Kemasik) dan Kampung Tajing (Hulu Terengganu) adalah empat buah daerah yang akan dibina RMM,

“sebelum ke empat daerah lain bagi mencapai sasaran 20 ribu buah rumah menjelang PRU 15 setelah diberi mandat oleh rakyat untuk PAS mentadbir negeri pada 9 Mei lalu…….kerajaan akan membantu mereka (rakyat untuk memiliki rumah),” jelasnya.

YB. Dr. Alias yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Spesifikasi Rumah Mampu Bilik (RMM) di Sutera Beach Resort, Setiu pada 18 September.

Rumah Mampu Milik; PAS Terengganu Komited Laksanakan ManifestoMenurutnya, sebanyak RM50 Juta setahun, (rasanya dah ada separuh) untuk membantu mereka yang tidak mampu untuk membeli rumah dan tidak mendapat pinjaman dari institusi kewangan.” tegasnya antara solusi lain yang ditawarkan kepada rakyat.

Bengkel yang diadakan selama tiga hari anjuran Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) itu telah membabitkan pegawai pelbagai agensi kerajaan dalam menjayakan Terengganu sebagai negeri yang Maju,Berkat dan Sejahtera.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan