Terengganu, Malaysia

Terengganu Berhasrat Lantik Penguatkuasa Syariah Sukarela Dikalangan Wanita

Terengganu Berhasrat Lantik Penguatkuasa Syariah Sukarela Dikalangan Wanita

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan melantik penguatkuasa syariah sukarela dikalangan lelaki dan wanita bagi meningkatkan usaha ‘amar makruf nahi mungkar’.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Ustaz Satiful Bahari Mamat berkata, bilangan tenaga kerja penguatkuasa masa kini yang berjumlah 100 orang nencukupi berbanding nisbah penduduk negeri ini.

“bagi Sekarang ni kita dah ada penguatkuasa bilangan dia dalam lebih kurang 100 orang dalam seluruh negeri Terengganu memang bilangan tu tidak boleh dengan rakyat kita yang berjumlah 1.17 juta memang dok (cukup) tu lah ,

“cuma kita bercadang menambah sukarelawan berdasarkan setiap masjid kita akan lantik mewakili dua perempuan dua lelaki untuk pertama kali, sebab biasa orang lelaki nak sembahyang jumaat dan masa tu boleh ganti orang muslimat untuk ganti,” jelasnya.

Terengganu Berhasrat Lantik Penguatkuasa Syariah Sukarela Dikalangan WanitaBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco di Wiswa Darul Iman pada Rabu, 5 September.

Namun begitu, Ustaz Satiful yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, jumlah keseluruhan penguatkuasa sukarela tetap yang akan dilantik adalah bergantung kepada keupayaan kewangan kerajaan negeri.

“Kita akan cuba in shaa allah untuk tambahkan penguatkuasa sukarelawan , setakat ni dok tetap lagi sebab bajet kemungkinan kita akan bentang akhir tahun ni dan jadi kita baru letak (berapa keperluan) bahagian untuk perlaksanaan syariah,

“Kita sekarang ni nak kemaskinikan lagi untuk ni sebab kita ambik pun kita akan bagi kursus apa itu (dan ini) boleh dan apa itu tak boleh lah , undang-undang , kaedah seperti salah guna kuasa dan sebagain,” kata beliau.

Terengganu Berhasrat Lantik Penguatkuasa Syariah Sukarela Dikalangan WanitaJusteru itu, beliau berharap kedua-dua pelantikan baharu tersebut dapat diselesaikan menjelang tahun hadapan.

“(saya) jangka pertambahan sukarelawan kita berdasarkan jumlah masjidlah (kerana kalau) kita nak (lantik melalui) MPKK kadangkala, ada MPKK satu-satu kawasan (kampung) yang tak ada masjid,

“bilangan angka tetap tu saya maklum semula lah, kita juga akan adakan latihan kepada sukarelawan tersebut , sukarelawan ni dibawah pelaksanaan penguatkuasa syariah di bawah jabatan agama,” ujar beliau.
Terengganu Berhasrat Lantik Penguatkuasa Syariah Sukarela Dikalangan Wanita

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan