Pemuda PAS Sokong Penuh Pelaksanaan Hukuman Sebat Syariah

1616

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Terengganu menyokong penuh perutusan makhamah syariah yang telah diputuskan pelaksanaan hukuman sebat kepada pesalah terbabit dengan salah laku syariah.

Ketuanya, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, beliau hadir ke kompleks mahkamah syariah bagi menyaksikan hukuman sebat yang kali pertama dilaksanakan itu.

“kehadiran kami pada pagi ini adalah semata-mata untuk memberi sokongan kepada perutusan makhamah dan yang paling besar ialah mengharapkan keampunan kepada Allah SWT,

“kerana setiap pelaksanaan kesalahan jenayah syariah sebenarnya ialah bukan untuk memalukan pesalah tetapi sebenarnya memohon keberkatan daripada Allah,” jelasnya.|

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelaksanaan hukuman sebat terhadap dua wanita yang disabitkan kesalahan percubaan melakukan hubungan sejenis, di mahkamah syariah di sini, pada Isnin 3 September.

Oleh itu, beliau yang juga Pengarah Institu Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) berkata, satu kesalahan jenayah yang dilaksanakan hukumannya ada lebih baik daripada hidup 40 hari yang disembahi air hujan yang berkat daripada Allah.