Oleh : Azizah Mahmood
PAS Terengganu Sokong Penuh Calon Pilihanraya Kecil (PRK) Seri Setia, Dr Halimah Ali, yang menghadapi saingan dua penjuru.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Tuan Haji Yahaya Ali yakin, Dr. Halimah akan menjadi pilihan rakyat dalam pertembungan antara PAS dan Pakatan Harapan (PH).
“insyaAllah pencalonan telah di umumkan dan PAS akan melawan PH., bagi pihak Pas Terengganu kita akan menghantar jentera bantu,
“dan melihat kepada ‘mood’ hari ini……..kita yakin rakyat akan memilih PAS apatah lagi dengan janji manifesto PH dalam PRU lepas yang tidak di tunaikan,” tegasnya.
Haji Yahya yang juga speaker DUN Terengganu berkata demikian ketika ditemui pada hari penamaan calon di Dewan Sivik Majlis PBandaraya Petaling Jaya, semalam 18 Ogos.
Beliau yakin, ia adalah masa kepada rakyat untuk menghantar isyarat kepada PH.
“Sekarang ini semua pihak tidak kira dari Umno atau PH sendiri pastinya akan menghantar isyarat pada parti pemerintah sekarang kerana janji-janji manifesto yang tidak di tunaikan,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Terengganu Hajah Zaroni Othman berkata, ‘sayap kiri’ parti itu berharap para pengundi memilih PAS.
“Mewakili muslimat negeri Terengganu kita amat mengharapkan pengundi di DUN Seri Setia dapat memilih PAS sebagai pilihan mereka,
“bagi memperkuatkan lagi pembangkang di negeri Selangor dan juga kita yakin calon PAS, Dr Halimah seorang bekas wakil rakyat yang pernah memberikan khidmat terbaik ketika dalam kerajaan dahulu,
“dan kita yakin sekali ini beliau mampu memperolehi kemenangan,” ujar beliau .










