Oleh : Nur Qaisara Hayati (NQRR)
Detik bermula sebuah kehidupan yang bakal mewarnai bumi yang berdakwatkan air mata. Hidup seorang insan dengan sebuah tangisan dan di celah tangisan itu diakhiri dengan tangisan. Air mata manusia sentiasa dalam dua yang menguntung dan merugikan.
Sabda nabi Muhammad SAW ada dua tangisan yang Allah cinta iaitu darah para syuhada dan air mata kerana takutkan Allah.
Air mata ada kalanya penyubur hati penawar duka dan ada kalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan dan meyesakkan kehidupan penghuni syurga.
Dan ianya juga adalah mereka yang paling banyak dukacitanya di akhirat.
Menangislah wahai diri agar senyummu banyak di kemudian hari kerana nasibmu disana nanti belum lagi pasti apabila lembaran sejarahmu dibuka satu persatu apabila menghadapNya.
Allah ciptakan air mata sebagai peneman kita kerana Allah tahu keperluan hambanya…menangislah wahai diri kerana air mata itu nikmat darinya.
Pencinta dunia akan menangis kerana dunia yang hilang dan perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.
Setiap insan yang diciptakan oleh Allah SWT memerlukan sebuah pengorbanan agar dihadapi dengan tenang.
Allah itu maha adil… maha mengetahui setiap kehendak hambaNya….. bila hati kita tawakal kepadanya Insya Allah ketenangan akan pasti menyinggah dan tersentuh akan nikmat kasihnya pada diri ini.
Apabila takdir berbicara lidah mula menjadi kelu tanpa kata apa – apa perkataan yang terkeluar dari dua bibir. Katakan pada hati bahawa segala punya hikmah telah disusun cantik oleh rabbul jalil.
Wahai diri senyumlah selalu sayang walaupun hati kita tak mampu dengan ujian…. Kita perlukannya lebih dari segala-galanya dimana dia di hatiku…. Carilah dia di setiap langkah perjalanan hidupmu.
Saya hanyalah insan biasa yang hanya mencari redhanya…. Seorang insan yang sentiasa mencari cinta yang hakiki iaitu cinta kepada Allah SWT… itu yang lebih baik…..
Cinta pada bunga…. Bunga akan layu… cinta pada manusia…. Manusia akan mati…batang tubuh itu akan binasa juga akhirnya…. Cinta yang hakiki … cinta yang kekal adalah cinta pada ‘Rabul Jalil’.





























