Terengganu, Malaysia

Iran beri amaran akan bertindak balas jika diserang

Iran beri amaran akan bertindak balas jika diserangIran memberi amaran ia ‘tidak akan teragak-agak’ bertindak balas jika negara itu diserang.

Kenyataan terbaru itu itu adalah sebagai membidas kenyataan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, minggu lalu bahawa program nuklear dan ketenteraan Iran ‘mungkin mencetuskan serangan pencegahan ke atas sasaran di Iran.’

Encik Sarkozy berkata jika perkara itu berlaku, satu krisis besar akan tercetus dan Perancis ‘seboleh-bolehnya mahu mengelakkan perkara itu’.

Dalam sepucuk surat kepada pemimpin PBB kelmarin, duta Iran ke PBB, Mohammad Khazee, berkata negaranya ‘tidak akan teragak-agak, sebagai langkah mempertahankan diri, untuk bertindak balas ke atas sebarang serangan ke atas negara Iran.’

Menurut Encik Khazee, Encik Sarkozy telah mengeluarkan ‘kenyataan menghasut dan dakwaan yang tidak berasas’.

Dalam suratnya kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, dan Majlis Keselamatan, Khazee berkata negaranya mengutuk kenyataan provokatif dan yang tidak bertanggungjawab itu.

Encik Khazee turut menolak dakwaan Encik Sarkozy bahawa negaranya mahu menghasilkan senjata nuklear.

‘Iran merupakan antara negara yang menolak semua jenis senjata pemusnah raya, termasuk senjata nuklear. Lagipun, saya ingin mengulangi pendirian pemerintah Iran bahawa ia tidak mempunyai rancangan menyerang mana-mana negara,’ tegas beliau.

Jun lalu, Perancis, Britain, Jerman dan Amerika Syarikat melaporkan kepada jawatankuasa sekatan PBB bahawa tindakan Iran melancarkan satelit merupakan satu tindakan yang melanggar ketetapan badan dunia itu.

Mereka mendakwa satelit itu boleh digunakan bagi membawa peluru berpandu.

Negara Barat juga mendakwa tindakan Iran memindahkan kilang pengeluaran emparan Ogos lalu ke loji rahsia di kawasan pergunungan berdekatan Qom, di selatan Teheran, bukti program nuklear bukan untuk tujuan aman. — AFP.

 

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan