Tawaran Khas Akan Dilaksanakan Dalam Tempoh 30 Hari

3867

KUALA TERENGGANU – Tawaran Khas PAS akan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari selepas PAS diisytiharkan menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, PAS memberi tawaran kepada rakyat sekiranya PAS di beri mandat untuk mengambil alih pentadbiran Negeri Terengganu.

“PAS akan melupuskan saman tertunggak kepada para peniaga bagi lesen premis di bawah pihak berkuasa tempatan dan negeri,

“serta menghapuskan segala tunggakan dan kutipan cukai pintu premis kediaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media ketika berucap dalam siaran HARAP TV pada Ahad, 13 Mei.

Katanya, bagi penjawat awam dalam Negeri Terengganu akan diberi cuti khas pada hari Khamis, 10 Mei.

“PAS akan menangguhkan bayaran balik bagi pemegang pinjaman Yayasan Terengganu selama dua bulan sebagai hadiah Ramadhan dan Syawal,

“Sebagai tanda terima kasih kepada sokongan rakyat kepda PAS di Negeri Terengganu,” ujar beliau.