Sokongan Padu Semua Pihak Bawa Kejayaan

1637

MARANG – Sokongan padu yang telah diberikan oleh semua pihak, jentera parti dan pengundi telah menjadikan parti Islam Semalaysia (PAS) mampu menawan kembali kerusi yang pernah dimenangi dahulu.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong berkata, tanggungjawab yang sangat berat dan besar sebagai ‘tambatan’ jamaah digalas bagi merealisasikan kejayaan PAS kali ini.

“Saya merakamkan setinggi tahniah dan penghargaan buat semua jentera parti yang telah bertungkus lumus memerah tenaga dan keringat bersengkang mata,

“Serta sanggup habiskan harta dan wang ringgit bagi memastikan kemenangan di DUN Pengkalan Berangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika diminta mengulas tentang kemenangan PAS di DUN Pengkalan Berangan pada Jumaat, 11 Mei.

Katanya, kejayaan ini kita terima dengan penuh syukur apatah lagi ianya turut menyumbang kepada penguasaan PAS memerintah Negeri Terengganu.

“Dikesempatan ini saya memohon kemaafan dari semua atas segala kekurangan dan kelemahan dalam tempoh genting sepanjang kempen yang dilakukan,

“Teruskan gerak kerja perjuangan Islam dan semoga berterusan sehingga kita menemui kejayaan abadi bertemu Allah rabbul jalil serta marilah bersama-sama untuk terus membangunkan Pengkalan Berangan maju berkat dan sejahtera,” ujarnya lagi.