Lonjakan Gelombang Hijau

2156

BESUT – Pilihan raya umum (PRU) ke-14 adalah satu lonjakan terakhir menjulang ‘Gelombang Hijau’ berbanding pilihan raya yang lepas.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor berkata, kebangkitan gelombang anak muda yang cukup luar biasa berlaku di kawasan Besut kali ini.

“kita lihat penerimaan masyarakat pada calon PAS N04 Hulu Besut apabila anak tempatan iaitu Ustaz Mohd Daik seorang pengasas Pondok Ubudiah, pasir Akar yang telah dilantik menjadi calon,

“Dan penduduk di Keruak mereka menyatakan sokongan menyokong Parti Islam Semalaysia (PAS) walaupun mereka ahli Umno,”katanya.

Beliau yang juga calon PAS Parlimen P033 Besut berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam komentar petang pada Ahad, 6 Mei.

Katanya, kita telah masuk ke kem Tentera Udara Diraja (TUDM) Gong Kedak dan sebahagian besar tentera menyatakan sokongan kepda calon PAS berbanding dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan.

“Ahli Umno telah menunjukkan sikap protes kepada calon mereka dan mereka sendiri membelikan banting serta alatan kempen bagi membantu N02DUN Kota Putera,

“Haji Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman yang merupakan seorang jurutera Telekomunikasi yang telah berkhidmat di SNS Saudi Network Services lebih 10 tahun,

“Dan kepakaran ini diperlukan untuk membentuk kerajaan lain dan masyarakat bahawa PAS serius serta bersungguh-sungguh membentuk kerajaan pada 9 Mei di negeri Terengganu Darul Iman,”ujar beliau.

Menurutnya lagi, pada PRU ke 13 Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad yang merupakan clon PAS N03 tewas di bawah 1000 undi tetapi pada kali ini dalam 700 orang masyarakat cina memberi sokongan dan dokongan kepada PAS.

Kata beliau lagi, mereka mendapat maklumat terutama melalui saluran media seperti Instagram, Facebook, twitter dan Whatapps.

“Dahulunya kawasan Besut pernah menjadi pangkalan PAS pada tahun 1959 yang dipertandingkan oleh Profeser Wan Nor Helmi di Parlimen Besut dan menang seluruh DUN dan pada tahun 1999 Haji Hassan menang di Parlimen buat kali ke dua,

“Maka tidak pelik akan berlaku kemenangan dengan sokongan yang ramai di Besut ini 5-0 dan pada kli ini Besut pintu tawan Terengganu PRU ke 14,”jelasnya lagi.

Tambah Dr Ridhuan lagi, Tok Guru Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama rombongan calon N03 Jerteh dan P033 Parlimen menziarahi keluarga cina di Jalan Haji Wan Latif.

Dengan sokongan masyarakat cina yang bertambah baik pada PAS dan hampir 800 penentu kepada N03 yang akan memberi kemenangan di Besut.