Terengganu, Malaysia

Momentum Pengundi PRU14 Bakal Melakar Sejarah

hishamuddin

KUALA NERUS – ‘Momentum’ pengundi yang telah ditunjukkan pada hari ini menjadi bukti PAS akan melakarkan sejarah kejayaan dengan izin Allah pada hari pengundian 9hb Mei.

Oleh itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Hisahmuddin Abd Karim berkata, para petugas PAS diingatkan agar dapat terus bekerja dengan jalinan hubungan baik dan perlu serius untuk mencapai kecemerlangan.

Katanya, Allah akan mengurniakan kemenangan sekiranya jentera PAS terus bekerja dengan ikhlas dan cerdas serta bekerja keras.

“Sebilangan daripada ahli motivasi menyebut ada tiga perkara yang mampu untuk mencetuskan kecermelangan iaitu kerja yang dibuat mestilah ikhlas, disusun dan dilaksanakan serta mestilah dilakukan secara keras,

“sejauh mana kita nak bergantung dengan duit……wang ringgit….sejauh mana kita nak bergantung dengan harta benda,

“Sebenarnya semua perkara ini tidak kekal dan wang ringgit yang kita perolehi akan berakhir nikmatnya apabila kita jauh sakit akan berakhir penghujung dan meninggal dunia,” jelasnya

Namun kata beliau, kerja yang ikhlas, hasilnya akan berkekalan sehingga hari akhirat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam motivasi pagi pada Isnin, 30 April.

Calon PAS bagi DUN Tepoh itu berkata, kerja keras merupakan satu perkara yang dilakukan umpama kata pujangga Arab “kamu mengharapkan kejayaan tapi kamu tidak mengikut laluannya dan kapal tidak akan dapat belayar di atas daratan ia tidak akan mampu untuk belayar”.

“Kalau kita ingin kejayaan tapi kita tak melakukan gerak kerja dan kapal yang kita naiki ini tidak mampu untuk belayar laju kerana ia bukan berada di tengah lautan,

Dan secara peribadi sangat terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh petugas parti kerana siang malam telah bertungkus lumus bekerja untuk memastikan kemenangan,” jelasnya.

Justeru, malang bagi mereka yang menganggap PAS masuk pilihan raya umum bukan untuk menang kerana kerja politik penun dengan kegigihan.

“saya menyaksikan sendiri dengan menyertai pilihan raya dengan penuh kegigihan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14,” tambah beliau

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan