MARANG – Kos sara hidup rakyat yang membebankan dan ditambah lagi dengan barang hasil komoditi yang diusahakan mereka samada getah dan kelapa sawit berada pada paras yang agak rendah.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, betapa peritnya para penduduk dan petani bertungkus lumus bekerja mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga.
“Ini merupakan satu masalah yang dihadapi para petani dan penoreh getah kerana dalam masa yang sama harga komoditi getah berada pada paras yang rendah iaitu pada harga RM 1.90 ataupun RM 2 sekilogram,
“Para nelayan pantai yang hari ini rata-rata bergantung kepada suasana dan keadaan cuaca untuk mereka turun ke laut ditambah pula dalam keadaan suasana yang masih lagi tidak dapat diadakan,
“Dan satu penyelesaian yang baik untuk membantu mereka ialah berkenaan dengan muara sungi Merchang yang menjadi pintu masuk ataupun laluan utama kepada nelayan pantai khususnya di kawasan Merchang dan kawasan sekitarnya sepatutnya dibina,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di pejabat operasi PAS N20 DUN Pengkalan Berangan pada 29 April.
Katanya, PAS telah melaksanakan gerak kerja secara tersusun dan berstrategi mendekati pengundi sama ada diluar ataupun dalam kawasan sendiri.
Dan segala usaha yang dilakukan memberi satu ‘natijah’ yang baik hasil daripada gerak kerja seluruh jentera saada dikalangan muslimat dan pemuda.
“Antara tawaran yang telah dikemukan oleh PAS negeri berkenaan manifesto PAS ialah menyediakan 20 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu sepanjang tempoh 4 tahun,
“Dan ini merupakan satu berita baik yang perlu disambut oleh seluruh anak muda dan seluruh ibu bapa
“Untuk memastikan bahawa anak-anak mereka ataupun orang muda boleh mendapat peluang pekerjaan di negeri sendiri bukannya terpaksa keluar ataupun merantau ke negeri lain.
“Bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang sepatutnya diperolehi untuk dilaksanakan di negeri Terengganu sendiri,”ujar beliau.











