Terengganu, Malaysia

Demokrasi Medan Tempur Cari Dan Tarik Rakyat

penamaan calon pru14 H Terengganu1

HULU TERENGGANU – Sistem demokrasi ialah satu medan tempur mancari dan menarik rakyat untuk bersama dengan parti Islam Semalaysia (PAS) bukan hendak ‘hambat’ ataupun bunuh.

Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, anak-anak muda kini sudah berani bersama dengan PAS walaupun sebelum ini mereka diserang ketakutan.

“Saya minta pengundi kali pertama anak-anak muda samada lelaki ataupun perempuan kita ‘tackle’ mereka dengan ‘channel’ apa sekalipun khususnya alam maya,

“Kita tarik hati mereka supaya memangkah parti PAS dan buatlah seperti nabi suruh buat asalkan musuh dapat dikalahkan dan gunakan kebijaksanaan untuk tarik undi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas penamaan calon di Hulu Terengganu pada Sabtu, 28 April.

Demokrasi Medan Tempur Cari Dan Tarik Rakyat

Katanya, bagi orang berkemampuan boleh menggunakan kaedah ‘duit’ dan kalau ada tenaga gunakan tenaga masing-masing serta gunakan kaedah kebijaksanaan untuk tarik rakyat supaya mengundi PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke 14.

Sehubungan dengan itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, PAS telah merangka gerak kerja dan agihan tugas kepda para petugas parti supaya berada dipangkalan dan melancarkan gerakan di tempat masing-masing.

“Janganlah kita mengambil amanah orang lain dan meninggalkan tugasan yang diberikan,

“Dan kita semua bergerak dari pangkalan masing…. yang penerangan teruskan kerja penerangan… yang kebajikan terus kerja kebajikan dan yang gerak saraf kerja gerak saraf,”ujar beliau lagi.

Justeru, para petugas parti diingatkan supaya tidak lupa bemunajat dan memohon pertolongan daripada Allah untuk mencapai kemenangan pada PRU ke 14 nanti.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan