Ahli perniagaan, Kamarul Ramizu Idris, 43, mengumumkan bertanding untuk kali ketiga pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pauh pada 25 Ogos ini atas tiket Bebas. (Gambar kiri – Ramizu berkempen di sebuah pasar malam PRK Penanti, manakala disebelah kanan semasa bertanding di PRK Bukit Gantang)
Berasal dari Taiping, Perak dan berpendidikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), King Edward VII, Taiping, beliau sekali lagi mempertaruhkan nasib walaupun kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan pilihan raya kecil DUN Penanti sebelum ini.
Dipetik dari Berita Harian Online, Kamarul yang juga penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Pekida), berkata beliau akan menggunakan simbol payung hitam dan berkempen lebih tersusun menggunakan lebih 300 jentera terdiri penyokongnya. “Saya akan terus menampilkan konsep beriman dalam politik menerusi kempen pilihan raya kecil ini.
“Meskipun dua pilihan raya kecil sebelum ini saya tewas, ia bukan penamat bagi saya untuk menawarkan khimat bakti kepada masyarakat, khususnya di Permatang Pasir,” katanya.
Pada pilihanraya kecil Bukit Gantang beliau hanya mendapat 62 undi manakala di Penanti Ramizu memperolehi hanya 56 (0.7%)undi sahaja.
Ketua Hizbullah, Naim Qassem, berkata pada hari Jumaat bahawa kumpulan itu akan berhadapan dengan Israel dengan senjata jika diserang, sambil menekankan bahawa ancaman kematian...
HULU TERENGGANU – Keputusan dalam politik merupakan perkara ijtihad yang dinamik dan bukan bersifat qat’i (putus), justeru kesetiaan atau wala’ yang tidak berbelah bahagi...
Islam sebagai al-din yang sempurna mewajibkan Islam berkuasa memerintah negara yang berdaulat bagi melaksanakan perintah Allah.
Firman Allah SWT:
هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ...
Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir mencetuskan kontroversi antarabangsa selepas kenyataan keras yang dikaitkan dengannya mengenai Lubnan ketika ketegangan antara Israel dan Hezbollah kembali...
KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan penerimaan dan merekodkan pelantikan Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...