Terengganu, Malaysia

‘T-shoppe’ Gagal, Razif Mahu Buat ‘T-Mart’ Pula!

‘T-shoppe’ Gagal, Razif Mahu Buat ‘T-Mart’ Pula!

KUALA NERUS – Rangkaian kedai ‘T-Shoppe’ yang ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu telah gagal.

Sebaliknya secara tiba-tiba bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir mahu membuka ‘T-Mart’ pula.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Pasu, Ustaz Ridzuan Hashim menyifatkan ia hanyalah ‘umpan’ mahu memancing undi rakyat menjelang pilihan raya umum kali ke-14.

”katanya (Razif) kalau diberi mandat oleh rakyat, akan dibina kedai ‘T-Mart’ ini sehingga ke peringkat DUN,

‘T-shoppe’ Gagal, Razif Mahu Buat ‘T-Mart’ Pula!

”jadi saya bila baca (berita) ni tersenyum seorang diri juga pasal secara tiba-tiba (Razif) terlintas untuk mengemukakan idea untuk pembinaan dan pembukaan kedai T- Mart,

“Sedangkan T-Shoppe yang telah dilakukan sebelum ni hampir gagal sepenuhnya telah melibatkan sejumlah wang yang begitu besar untuk pelaburan kedai tersebut,

“Dan ia ternyata gagal serta tidak membantu pengusaha-pengusaha khususnya pengusaha kecil di negeri kita,” tegasnya.

Ustaz Ridzuan yang juga calon PAS bagi DUN Buluh Gading berkata demikian ketika ditemui pada Rabu, 25 April.

Tambahnya, jika benar kerajaan mahu membantu rakyat, bekalkan sahaja barang-barang yang murah kepada pengusaha ‘Hypermarket’ ataupun kedai-kedai sedia ada.

‘T-shoppe’ Gagal, Razif Mahu Buat ‘T-Mart’ Pula!Namun menurutnya, sehingga kini rakyat terus dihimpit dengan tekanan kenaikan kos sara hidup, kerana harga barangan dan perkhidmatan meningkat akibat perlaksanaan GST.

“Rata-rata didapati rakyat masih mengalami kehidupan yang sederhana dan ada sebahagian besar mereka mengalami keadaan yang miskin,

“dengan tekanan kos sara hidup ekoran daripada beberapa polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan khusus Sistem Cukai dan Perkhidmatan (GST),” ujar beliau.

Katanya, sekiranya diberi mandat memerintah kerajaan persekutuan, PAS akan menghapuskan GST.

Beliau berkata, PAS akan menjana sumber pendapatan gantian GST dengan mengenakan cukai kepada golongan kaya.

‘T-shoppe’ Gagal, Razif Mahu Buat ‘T-Mart’ Pula!

“hasil daripada pungutan cukai tersebut akan diagihkan kepada rakyat yang miskin dan susah serta golongan yang memerlukan,” jelasnya.

Selain itu, kata beliau, isu Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) yang tiada penyewa masih belum diselesaikan oleh kerajaan BN.

Tinjauan terakhir belaiu mendapati, pengusaha yang menyewa lot kedai tidak dapat perjanjian ‘hitam putih’ dan pengesahan daripada kerajaan , bahawa mereka ini adalah penyewa yang sah.

“Hal ini menimbulkan kesulitan pada mereka untuk mendapatkan peluang pinjaman daripada agensi- agensi (kewangan) yang menawarkan pinjaman,

”sehingga sekarang belum dapat perjanjian hitam putih itu,” kata beliau.

Selain daripada itu, kata beliau, anak-anak muda masih tidak dapat menggunakan gelanggang Futsal Buluh Gading kerana masalah teknikal yang belum diselesaikan.

Berita berkait;
Program ‘T-Shoppe’ Gagal Mencapai Matlamat

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan