Terengganu, Malaysia

Kerajaan BN Tak Sepatutnya Rampas Hak Tanah

cikgu alias

DUNGUN – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya merampas kembali hak tanah yang telah diberikan semasa pemerintahan PAS pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Dungun, Cikgu haji Alias Harun berkata, ini adalah bukti pemerintahan PAS dengan memberikan kemudahan kepada rakyat.

Katanya, sebelum ini Umno BN memerintah dengan sekian lama tetapi tidak pernah membuka permohonan lot tanah berjumlah 70 ribu untuk rakyat.

“Semasa PAS memerintah pada tahun 1999 sehingga 2004 PAS telah membuka permohonan lot tanah berjumlah 70 ribu lot tanah,

“Dan sempat meluluskan permohonan berjumlah 60 ribu lot manakala selebihnya di tarik balik oleh pemerintahan Umno BN selepas PAS kalah pada tahun 2004,” katanya.

Kerajaan BN Tak Sepatutnya Rampas Hak TanahBeliau yang merupakan calon PAS bagi DUN Rantau Abang berkata demikian ketika ditemui pihak media ketika melwat markaz di DUN Rantau Abang pada Ahad, 22 April.

Katanya, PAS akan berusaha mengembalikan tanah-tanah kepada rakyat yang telah dirampas semasa kerajaan diperintah oleh Umno BN.

“PAS juga menawarkan membuka permohonan tanah baru dengan terus memberi geran kekal,

“Dan inilah harapan PAS supaya PRU ke 14 ini rakyat memberi mandat kepada PAS untuk memerintah negeri Terengganu selepas pilihan raya ke 14,

“Kalau kita diberi mandat untuk memerintah insya Allah 10hb kita akan ke Wisma Darul Iman dan kita akan melaksanakan tawaran -tawaran kita ini, untuk cakna kepada rakyat,”jelas beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan