SETIU – Rakyat kecewa apabila kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan pemberian hak milik tanah yang telah ‘direntah’ berpuluh-puluh tahun lamanya.
Seorang warga kampung Kepala Gajah dekat Jabi berkata, walau pun tanah tersebut hanya seluas ‘sekangkang kera’.
Kata Zakaria Ahmad atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Ya’, soal pemilikan tanah adalah ibarat ‘nyawa tambahan’ bagi orang kampung.
Katanya, orang kampung teroka tanah itu, bukan untuk nak jadi kaya raya, tetapi tempat curahan keringat demi sesuap nasi untuk keluarga.
“Geran tanah diberi kepada rakyat bermakna kerajaan dapat hasil cukai,
“Walaupun kerajaan tak beri geran tetapi kita tetap meneroka tanah sebab nak cari makan,
“Kita yang dapat hasil daripada tanah dan kerajaan juga yang rugi dan tak dapat apa-apa pun,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh pihak media berkenaan isu tanah di kampung tersebut, pada Ahad, 22 April.

Sebaliknya kata beliau, semasa pemerintahan tahun 1999 hingga 2004, lot tanah diberikan kepada rakyat oleh kerajaan PAS.
Namun beliau berkata, belum sempat pemprosesan untuk dikeluarkan suratan hak milik, BN menang kembali memerintah negeri Terengganu.
Katanya, ia menyebabkan urusan itu tidak selesai dan fail tanah itu pun hilang entah ke mana .
“Manifesto PAS Terengganu pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 menawarkan pemberian geran kekal kepada rakyat yang berhak amat ditunggu-tunggu,
“Tambahan pula PAS ada rekod cemerlang dalam menyelesaikan isu tanah walaupun dalam usia pemerintahan yang singkat dan lebih 60,000 lot tanah berjaya diselesaikan pemberian hak milik,”ujarnya.
Menurutnya lagi, PAS tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi dengan keyakinan Islam mampu mentadbir kerajaan dengan lebih baik.
“PAS berjanji apabila urusan negeri ditadbir oleh mereka yang berpolitik dan rakyat akan dapat melihat makna amanah serta ketelusan yang sebenar,
“Dengan mengambil kira apa yang mereka akan hadapi dalam kubur kelak,” jelas beliau lagi.










