Terengganu, Malaysia
Pendapat

Teknokrat Muda Berwibawa Untuk DUN Kemasik

Saul azmi suhaili1

Oleh : Khalid Abdullah

MARANG – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) telah mencalonkan seorang jurutera professional, Ir. Saiful Azmi bin Suhaili, 41, sebagai calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik.

Majlis pengisytiharan calon-calon PAS negeri Terengganu untuk PRU14 dilakukan serentak di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang pada 19 April 2018, semalam.

Ir. Saiful Azmi, anak kelahiran Kg. Losong, Kuala Terengganu dan sudah menetap hampir 15 tahun di Kertih menjadikannya bukanlah orang asing kepada rakyat di DUN Kemasik.

Sebagai ahli seumur PAS semenjak 1998 lagi, beliau mula bergiat aktif sebagai akar umbi parti, kini diberi tanggungjawab besar sebagai Timbalan Pengarah 1 Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Kemasik, AJK PAS Kawasan Kemaman dan AJK Lajnah Hubungan NGO Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Beliau juga merupakan bekas Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik sesi 2014 – 2016 lalu.

Berkerjaya sebagai seorang jurutera professional di bidang elektrikal, beliau kini adalah Pengarah Syarikat Muksyn Engineering & Services Sdn. Bhd dan Pengarah Urusan Mufleh Integrated Sdn. Bhd.

Beliau juga pernah bertugas sebagai jurutera kanan selama empat tahun bermula 2012 di Petronas Carigali Sdn. Bhd.

Sebagai Ketua Lajnah Kebajikan PAS DUN Kemasik, tokoh muda ini amat cenderung dengan tugas-tugas kebajikan dan kemasyarakatan terutamanya mendekati rakyat yang diuji dengan masalah kesihatan atau kemiskinan. Hampir saban hari beliau ‘masuk kampung’ menyantuni golongan tersebut.

Rakyat di DUN Kemasik cukup bertuah apabila PAS menawarkan calon yang cukup berwibawa untuk berkhidmat kepada mereka.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan