Terengganu, Malaysia

Anak Muda Bakal Merubah Lanskap Politik ‘Air Putih’

Cikgu Razak3

KEMAMAN – Generasi anak muda bakal merubah lanskap politik Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih yang dahulunya dikenali sebagai kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN Air Putih, Cikgu Razak Ibrahim, suasana untuk pilihan raya umum kali ke 14 (PRU14) nanti berbeza, apabila hampir 80 peratus anak-anak muda menyokong Parti Islam Semalaysia (PAS).

“Pada tahun 1982, (ketika saya mula bertugas) PAS tidak ada (kekuatan), perubahan di DUN Air Putih ketara apabila gelombang (Reformasi) Anuar Ibrahim tahun 1999……membuatkan PAS bangkit,

“Dahulunya DUN tersebut hanya ada orang-orang lama yang terlibat (dalam PAS) dan kini (banyak) jawatan dalam parti dipegang oleh anak-anak muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di Pekan Air Putih, Kemaman, pada Rabu, 18 April.

Anak Muda Bakal Merubah Lanskap Politik ‘Air Putih’Katanya, selepas PRU yang ke 13 (dan sebelumnya) pada tahun 2008 ada gelombang PAS untuk menang kembali tetapi kalah kerana gerakan orang muda yang sedikit dan hanya beberapa tempat nampak perubahan,

“Masa berkempen dan bertemu dengan rakyat pada ketika itu (saya) menjadi calon untuk pilihan raya umum (PRU) ke 13,

”anak murid saya masa itu masih muda dan tak dapat mengundi (belum cukup umur dan) mereka berkata, emak dan ayah kita, kuat Umno cikgu,

“Sekarang ini budak-budak dah besar dan boleh mengundi untuk buat perubahan dan orang muda kini mudah didekati,” jelasnya.

Justeru itu beliau optimis akan berlaku perubahan pada PRU14 yang akan diadakan pada 9hb Mei akan datang.

Menurutnya, walaupun golongan tua masih menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) namun pemikiran dan pendirian anak-anak muda lebih bebas dan tidak terikat.

Anak Muda Bakal Merubah Lanskap Politik ‘Air Putih’“Apabila kita pergi ke rumah……bila diminta mengundi PAS ayahnya kata tak pindah dah……(tetap) undi Umno ‘sokmo’ dari dulu lagi,

”tetapi anaknya (berbeza dan) menjawab insya Allah (saya) undi PAS,” ujar beliau.

Beliau berkaya, pelbagai isu yang menjadi kemarahan mereka kepada Umno dan BN termasuk tindakan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak melantik Tan Sri Mohd Isa Hj. Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda.

”Menyebabkan (kemudiannya) banyak tanah (Felda) hilang dan kini rakyat sedar Najib buat kerja tidak betul,

“Rakyat kini baru mengenali cara pemimpin Umno BN memimpin kerajaan yang menyebabkan tidak puas hati tindakan kerajaan dan akan ada perubahan pada parti PAS pada PRU ke 14 nanti,” jelasnya lagi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan