MARANG – PAS telah membuat persediaan awal bagi menghadapi pilihan raya umum kali ke-14 kerana pilihan raya Malaysia tidak beritahu lebih awal, berbanding negara-negara lain.
Presidennya Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, oleh sebab itu, semua persiapan telah dibuat termasuk jentera dan calon-calon yang akan bertanding.
”Kita telah bersedia pada bila-bila masa oleh kerana pilihan raya Malaysia ni dia tak beritahu awal-awal (dan) kita dah jangka akan diumukan pada bila-bila masa,
”kita telah membuat daripada (sudut) Manifesto yang sudah kita lancarkan sama ada diperingkat pusat dan peringkat negeri,
”termasuklah calon-calon keseluruhannya telah bersedia dan sudah dililusakan oleh Majlis Syura Ulama,” ujarnya.


Menurutnya, sebagaimana yang beliau nyatakan pada beberapa sidang media lalu, PAS akan bertanding pada lebih 10 kerusi parlimen di seluruh negara.
”kita akan bertanding tak kurang daripada 130 kerusi, dan kita lihat respon daripada beberapa pihak termasuk rakan-rakan parti politik atau pun NGO,
”yang minta kita bertanding lagi (lebih banyak kerusi) mungkin lebih daripada 130 kita akan bertanding (pada pilihan raya kali ini),” jelasnya.






























