PAS Yakin Perintah Terengganu Dengan Majoriti Dua Pertiga

3521

KEMAMAN – PAS yakin akan dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu pada pilihan raya umum kali ke-14 dan mensasarkan, akan mendapat majoriti dua pertiga, kerusi Dewan Undangan Negeri.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sokongan masyarakat Cina dan ledakan gelombang pengundi muda akan menyumbang kepada kemenangan parti itu.

”Saya nampak bila kita tunai janji (semasa memerintah pada tahun) 1999 (hingga 2004), janjilah kita hapus cukai pintu (dan) kita bagi tanah pada orang Cina,

”(pembinaan) rumah mayat (orang Cina Kemaman) kita selesaikan……kita telah tunjuk bukti kita tunaikan janji kita,

”Jadi kita mahu beri lagi (mandat sebagai) kerajaan bagi kita, (upaya) kita akan buat banyak lag (kebajikan kepada rakyat),

”kita jangka kita boleh ambil balik Terengganu (dan) boleh memerintah…..menang lebih majoriti kerana respon pengundi-pengundi muda sangat baik,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Dialog Bersama Warga Tionghwa, di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Chukai disini, semalam 4 April.

Beliau membuat pemegasan, PAS akan bertanding lebih daripada 10 kerusi parlimen seluruh negara dan semua kerusi di negeri Terengganu.

”Parlimen kita akan bertanding semua. PAS akan bertanding sekurang-kurang 130 kerusi Parlimen daripada 220 kerusi. Yang lain itu rakan-rakan kita dalam Pakatan Gagasan Sejahtera, termasuk Sabah dan Sarawak,

”(kita yakin) sebab kita punya setiap kawasan (PAS disetiap) Parlimen, kita ada kawasan……(kita) ada jentera parti (di kalangan) ahli-ahli kita……ada jentera.

”ada parti-parti lain tak ada jentera, UMNO (hanya guna) jentera kerajaan (dan parti) PKR, Parti Bersatu tiada jentera,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, sekiranya diluluskan, Rang Undang-undang Mnambah baik mahkamah syariah (RUU 355) tidak memberi masalah kepada orang bukan Islam.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan telah menjamin bahawa, undang-undang Islam tidak boleh dikuatkauasakan keatas mereka yang bukan Islam.

”(RUU 355) tiada masalah untuk Cina. Tiada kaitan (dengan bukan Islam), itu untuk orang islam sahaja.

”kerana Perlembagaan Persekutuan mengatakan (menyatakan bidang kuasa) Mahkamah Syariah tak boleh dikenakan kepada orang bukan Islam. Itu ada jaminan Perlembagaan,” ujar beliau.

Turut hadir dan berucap pada Majlis itu ialah Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Shamsuri Mokhtar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat, dengan lebih 300 orang kaum Tionghwa hadir.