Umno Sendiri Berpecah, Tak Usah Cakap Tentang Perpaduan

2730

KUALA TERENGGANU – Umno tidak perlu bercakap tentang perpaduan kerana parti itu sendiri telah mengalami perpecahan yang sangat teruk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak ‘berbalah’ dengan bekas Presidennya Tun Dr Mahathir Mohamed.

”siapalah Umno yang nak cakap tentang perpaduan? Umb diperingkat Pusat….Najib’bergocoh’ dengan (Tan Sri) Muhyiddin , balah dengan bekas Presiden dia, Mahathir!

”di Terengganu (Menteri Besar Dato’ Seri) Razif berbalah dengan Dato’ Ahmad Said, tak usah bercakaplah tentang perpaduan Umno!.” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tajuk Forum Terengganu : Bicara Perpaduan dan Pembangunan, pada Ahad malam 1 April, di sini.

Manakala projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan Umno Terengganu telah menyebabkan negeri ini digelar sebagai ‘Terengganu Darul Runtuh’.

”dia (kerajaan Umno) buat stadium….runtuh, satu demi satu pembangunan yang dibuat runtuh!,” jelas beliau.

Mantan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu mendakwa, bagi beliau, kejadian bangunan dan binaan yang sering runtuh adalah sejak mereka merobohkan Masjid Bujal di Kemaman.

Umno dan Barisan Nasional (BN) katanya, telah menunjukkan kebiadaban mereka terhadap agama Islam apabila merobohkan masjid yang telah dibina dari sumbangan ‘jariah’ orang ramai.

”pada tahun 2005, dia runtuhkan masjid Bujal……satu sen pun (pembinaan masjid itu) tidak melibatkan duit kerajaan!

”orang kampung (menyumbang) dia nak buat sedekah jariah bina masjid, pakat gotong royong buat masjid itu,” ujar beliau.