SETIU – Lebih 30 keluarga yang hidup ‘bersesak-sesak’ kerana terpaksa membina sekurang-kurangnya dua buah rumah atas satu lot tapak tanah perumahan yang diberikan Felda.
Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Langkap, Azmi Ma’arof berkata, bahkan hampir 15 buah keluarga telah membina rumah diatas tanah tidak berstatus, tanah rizab Felda kerana tidak memiliki tanah.
”tempat ini (Felda Kampung Rahmat) kita tengok….satu lot ada dua dan tiga buah rumah, terpaksa kena buat (rumah) tumpang orang tua sebab,
”tanah sendiri tak ada…..ada yang diberikan tanah pada zaman PAS perintah dulu lena rampas balik (oleh kerajaan Umno-BN),’ jelasnya.


Antara penduduk terbabit, kampung Tanah Rancangan paling awal di negeri Terengganu itu ialah Halimah Zainal, yang tinggal di rumah No. 270 Blok 13.
”memang tiga keluarga lah….duduk tinggal di sini……kalau anak-anak balik tak ada ruang, rumah penuh,
”sepatutnya dia (kerajaan Umno) tidak tarik balik tanah yang kerajaan PAS beri dulu,” ujarnya


”sini satu (lot) tanah ada tiga keluarga…..emak peneroka asal, saya tumpang emak, (dan) dalam runah emak ni pun sudah ada dua keluarga,
”minta tanah dengan dia (kerajaan) tapi tak beri, mula zaman PAS minta dan boleh (tanah) tapi dia ambil balik,” jelasnya.
Katanya, kalau sekiranya PAS menang, beliau mahu tanah yang telah diberikan dahulu dikembalikan semula.


Menurutnya, dalam perancangan yang dibentangkan, ia akan dibangunakan perumahan bagi generasi kedua dan ketiga Felda diatas tanah tersebut.
”kawasan ini keluasannya 43 hektar, untuk mencukupkan jumlah itu, kerajaan telah ambil balik tiga lot (tanah peneroka),
”selepas kos pembangunan lebih kurang RM200,000.00 telah dibelanjakan….tetapi kemudian saya dimaklumkan, projek ini telah dibatalkan oleh Tan Sri Isa Samad,” kata beliau.


Justeru itu, beliau mewakili seluruh warga Felda amat berharap agar janji tersebut dilaksanakan secepat mungkin memandangkan keperluan terhadap rumah dan tanah yang sangat meruncing.
”maknanya dari segi keperluan (generasi Felda) kita memang berharap sungguh supaya projek ini diteruskan,
”sebagaimana yang kita telah pergi melawat tadi, kita tengok dari segi keperluan rumah dan tanah sangat diperlukan,
”selain daripada rancangan (Township) ini sebagai bandar baharu akan membina perumahandan perkedaian yang akan memacu pertumbuhan ekonomi kepada penduduk tempatan,” tegas beliau.
Berita sebelumnya;
Generasi Peneroka Tuntut Janji ‘Town Ship’ Felda Chalok



























