Tukar BN Hari Ini Juga!

1839

KUALA TERENGGANU – Rakyat diseru agar menukar kerajaan daripada pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) pada hari ini juga!

Menurut Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Dato’ Muhammad Ibrahim , hanya PAS sahaja yang boleh membawa negara ini kepada sejahteraan melalui perlaksanaan Undang-undang Islam.

Katanya, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru telah membawa Usul RUU 355 ke dalam persidangan Parlimen untuk memperkuatkan undang-undang Islam.

“Tuan Guru Haji Hadi membawa usul 355…… kenapa kerajaan Umno-BN takut nak bawa Akta 355 .

“Jadi tandanya macam mana (Umno tak boleh bawa)…..PAS nak Islam.. maknanya PAS nak memerintah dan nak menjalankan undang-undang Islam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Perdana sempena Himpunan HARAP 3.8 di Dataran Kuala Ibai, Jumaat malam, 23 Mac.

Namun katanya, apa yang berlaku di negara ini sekarang, sangat menyedihkan kerana Malaysia meletakkan undang-undang yang paling tinggi ialah perlembagaan.

”sepatutnya (Al-Quran dan Hadis)….. apabila kita memerintah akan datang kita meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan (yang) tinggi sekali,” kata beliau.

Katanya, kedudukan mahkamah sivil dan mahkamah syariah sangat jauh berbeza.

”Kalau mahkamah sivil undang-undang dia denda dia 30 tahun…… hukuman (penjara) 50 tahun denda berjuta-juta tapi mahkamah syariah (hanya) ‘356’,

”tiga tahun penjara, denda RM 5000 dan (hanya) 6 kali sebatan (sahaja yang dibenarkan,” jelas beliau lagi.

Beliau juga berkata, menurut pengalaman yang disakisikannya sendiri, pelaksanaan undang-undang sivil yang diamalkan di negara ini sekarang adalah lebih zalm daripada undang-undang syariah.

”Tuan-tuan tahu….. apabila saya melawat di penjara Kajang bersama dengan Timbalan Pengarah itu, ditunjukkan depan saya cara sebatan diantara syariah dan sivil

“apa yang berlaku sivil tuan-tuan undang-undang atau sebatan dia (sivil) menyakitkan hati dan mencederakan,”

“saya tengok dia palu (rotan) sekali……saya pandang kearah lain (tak sanggup melihat) keluar isi keluar darah pengsan , kencing habis dia heret,” tambah beliau.