KEMAMAN – Tindakan Kerajaan Umno dan Barisan Nasional merobohkan rumah peserta dan masjid di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB Bujal) adalah tindakan khianat dan balas dendam.
Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kijal Ustaz Hazri Jusoh berkata, ia adalah siri kezaliman akibat daripada dendam kesumat daripada beberapa orang pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas kekalahan kerajaan PAS pada tahun 2004.
“Akibat daripada dendam kesumat pemimpin Umno-BN sanggup merobohkan tapak rumah dan tiang-tiang yang baru sahaja dibina secara bergotong royong,
“Tapi malangnya ketika itu akibat daripada dendam politik yang tidak berkesudahan yang terpaksa dihadapi rakyat negeri Terengganu,
“Dan bukan sahaja tapak rumah rakyat bahkan yang kita rasa luar dari batas pemikiran seorang Islam dan beriman (mereka) sanggup menggunakan jentera kerajaan untuk merobohkan rumah Allah,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media ketika menerjah kembali pencerobojhan masjid Bujal, di tapak RTB tersebut, DUN Kijal pada Selasa, 13 Mac.
Menurutnya, sebahagian besar daripada rakyat yang menerima tanah di kawasan itu adalah mereka yang berpendapatan rendah dan diantaranya terpaksa ‘main kutu’ setiap bulan untuk membina tapak kediaman mereka.
“Tanah RTB di kawasan Bujal telah pun diluluskan oleh kerajaan yang sah melalui sitem pilihanraya dan demokrasi yang diluluskan pada 3 Ogos 2003 melalui ahli mesyuarat kerajaan negeri,
“Dan Exco kerajaan negeri ketika itu yang dipengerusi oleh Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang sendiri pada tanggal 3 ogos 2003 meluluskan satu rancangan melalui Unit Perancangan Bandar dan Desa,
“Pada tanggal 25 Mei 2005 berlakunya peristiwa perobohan masjid Bujal dan sudah 13 tahun berlaku serta khususnya rakyat di kawasan kijal tidak akan melupakan peristiwa ini,” ujarnya.
Tambah Ustaz Hazri, tanah seluas lebih kurang 64.40 hektar untuk kepentingan ‘maslahah’ rakyat khususnya di kawasan Kijal, kemaman itu sendiri termasu kawasan penempatan seluas 40 hektar.
Di samping tapak rumah, terdapat padang bola, tapak masjid dan balai raya serta prasarana keperluan asas kepada masyarakat kampung.
Katanya, ia telah diluluskan secara rasminya oleh kerajaan negeri Terengganu yang di teraji oleh PAS pada tahun 2003.
“Begitu juga ramai lagi rakyat yang lain sangat memerlukan tapak (rumah) di antara aset yang paling penting untuk tempat tinggal rakyat kita,
“Dan kita (merasa) amat malang apabila tanah Melayu yang kita duduki tetapi kita tak memiliki tapak (rumah tempat tinggal) kita sendiri,
“Ada diantara kita terpaksa menyewa tapak untuk tempat tinggal dengan orang lain,” ujarnya.
Justeru itu, kata beliau, PAS akan memastikan agenda pemberian tapak atau rumah yang terdapat dalam dalam manifesto pilihan raya umum kali ke-14 akan dilaksanakan untuk kebajikan rakyat.
“sekiranya kerajaan dapat kita bina balik (dan) PAS diberikan kepercayaan untuk memerintah….diantara manifestonya, kita akan kembalikan semula hak-hak rakyat yang tertindas,
”kita akan kembalikan semula tapak rumah bagi kawasan (RTB Bujal) ini atau pu di kawasan lain,” jelas beliau.










