Sri Lanka Diambang Perpecahan, Krisis

2554

Gerombolan ratusan Buddha Sinhalese datang demgan menjerit-jerit, membawa kayu, batu dan bom petrol, ketika mereka turun di kota bukit Ambatenna di tengah Sri Lanka pada hari Rabu.

Sejumlah puluhan anggota polis dan tentera hanya mampu menjadi penonton, ketika kumpulan itu merosakkan dan membakar rumah serta premis perniagaan Muslim di kawasan Welekada di kota itu.

“Kami sangat takut,” kata Fathima Zameer sambil memeluk bayinya berusia tiga minggu ketika dia menceritakan keganasan yang melanda kawasan kejiranannya.

“Kami tiada tempat untuk pergi, mereka memecahkan semua tingkap di rumah saya, rumah kami dibakar.” ujarnya sedih.

Orang ramai yang menjadi saksi berkata, antara 200 dan 500 penganut Buddha itu, melanggar perintah berkurung dan merempuh keadaan darurat yang telah diisytiharkan oleh Presiden Maithiripala Sirisena sehari sebelumnya.

Penguatkuasaan undang-undang ‘kecemasan’ oleh pemerintah gagal memadamkan rusuhan anti-Islam di mana api permusuhan mula menyala, di daerah dataran tinggi Kandy pada hujung minggu.

Di Welekada, para perusuh merosakkan sekurang-kurangnya 15 rumah kepunyaan minoriti Muslim Sri Lanka dan sebuah masjid serta empat bangunan dan beberapa kenderaan juga dibakar.

Serangan telah menimbulkan kebimbangan, konflik yang pernah melana negara pulau Asia Selatan itu menjelma kembali dan menyebabkan tidakstabilan di Sri Lanka tergugat

Kurang daripada satu dekad lalu, negara itu baru sahaja menamatkan perang saudara berdarah dengan pemisah Tamil.

Pertarungan keganasan ‘komunal’ terbaharu bermula pada hari Ahad apabila dilaporkan seorang lelaki dari majoriti Sinhalese majoriti Buddha meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya oeh kenderaan yang dipandu oleh sekumpulan lelaki Muslim.

Kejadian berlaku di bandar Teledeniya di Kandy, sebuah kawasan yang terkenal dengan ladang teh dan majoriti beragama Buddha.

Pada keesokan harinya, beratus-ratus orang Buddha Sinhala, kebanyakannya orang luar, menurut pegawai dan penduduk, mencurah-curah datang ke Kandy.

Mereka menyerang dan membakar puluhan perniagaan, rumah dan masjid dan dalam keganasan itu, mayat seorang lelaki Muslim berusia 23 tahun ditemui di sebuah bangunan terbakar.

Bagi meredakan keadaan yang sedang menggelegak itu, pemerintah telah mengumumkan perintah darurat pada hari Selasa dan mengerahkan tentera serta pihakpolis memperluaskan perintah berkurung di rantau terbabit.

Keganasan, bagaimanapun tidak dapat dibendung dan berterusan .

Semalam pada hari Rabu ‘beberapa kejadian’ dilaporkan berlaku di empat bandar, kata jurucakap polis. Ruwan Gunasekara.

Katanya, tiga pegawai polis cedera semasa pertempuran di Menikhinna dan pada hari yang sama, Ambatenna telah diserang dan dan seorang lelaki Sinhalese terbunuh di sana setelah bom tangan yang bawanya meletup.

Gunasekara berkata pasukan keselamatan telah menangkap kira-kira 35 orang sejak rusuhan bermula.

Kerajaan juga telah menggantung perkhidmatan internet di kawasan konflik dan menghalang akses ke Facebook dan aplikasi pemesejan sosial lain termasuk Whatsapp dan Viber dalam usaha menghentikan sebaran berita yang akan mengeruhkan lagi suasana.

Seorang penduduk, Shukry Cassim berkata, beliau telah terperangkap dalam rumahnya di Welekada,.

“Kami tidak lagi merasa selamat dan semua kanak-kanak kami mengalami trauma, kami tidak tahu ke mana hendak pergi, atau siapa yang boleh dipercayai,” kata beliau, seorang akauntan berusia 27 tahun memberitahu Al Jazeera,  berdiri di hadapan kereta yang terbakar di garajnya.

“Kami tidak tahu kenapa ini berlaku, kumpulan itu bukan dari kawasan kami, kami tidak mengenali mereka,

”tetapi mereka tidak dapat melakukan ini tanpa sokongan orang-orang dari kawasan kami kerana mereka mensasarkan rumah-rumah Muslim, dan tidak kepada rumah bukan Islam.” jelasnya.

Cassim menegaskan, keganasan itu dihasut oleh ‘beberapa orang’.

Hubungan antara umat Islam dan penganut agama Buddha di daerah Kandy selama ini bersifat harmoni sejarah, katanya sambil menambahkan: “Kami berkongsi makanan semasa perayaan agama, kami bermain bersama dan membeli barangan dari kedai-kedai masing-masing.”

Para penganalisis mengatakan ketegangan berlaku di antara kedua-dua komuniti itu kerana kebangkitan kumpulan-kumpulan nasionalis Buddha berikutan berakhirnya perang tiga dekad negara itu.

Kumpulan ini termasuk Bodu Bala Sena yang diketuai oleh sami, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan garis keras Buddha di Myanmar .

Mereka dilihat secara meluas disokong bekas Presiden Mahinda Rajapakse dan menuduh orang Islam, yang membentuk 10 peratus daripada 21 juta penduduk Sri Lanka, memaksa ‘non-muslim’ untuk menukar agama mereka kepada Islam serta menuduh muslim memusnahkan tempat suci Buddha.

Sebelum rusuhan Kandy, sekurang-kurangnya tiga insiden utama keganasan anti-Islam telah dilaporkan pada tahun lalu.

“Sri Lanka berada di ambang krisis dan perpecahan……serangan ini terancang, dan ada alasan yang baik untuk mempercayai bahawa mereka sebahagiannya direkayasa,

”untuk menimbulkan tindak balas orang Islam, yang kemudian akan membenarkan lebih banyak keganasan terhadap umat Islam.” kata Alan Keenan, seorang penyelidik di International Crisis Group.

Tambah beliau, Setakat ini, masyarakat Islam telah bertahan dengan mengagumkan.

”Tetapi jika kaum minoriti membalas dengan menyerang komuniti Sinhala, orang Sinhala yang lain akan merasa terancam dan mengambil bahagian dalam cara mereka belum lakukan,” kata beliau lagi.