Lombong Silika; Mengapa Kilang Kaca Tidak Dibina?

5190
Aktiviti lombong silika di Rantau Abang dirakam pada Rabu 7 Mac, 2018

DUNGUN – Pelombongan pasir silika yang rancak berjalan di Bukit Senyamok, Rantau Abang tidak memberikan impak ekonomi kepada penduduk tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Cikgu Alias Harun berkata, beliau dimaklumkan pasir yang berharga dan boleh diproses menjadi kaca itu diekspot ke luar negeri Terengganu.

Oleh itu, beliau mempersoalkan hala tuju perlombongan tersebut dan mengapakah tidak dibina kilang bagi memproses pasir itu.

”saya mendapat maklumat….hasil silika ini diangkut pada waktu malam ke luar dari kawasan tersebut, dihantar ke luar,

Kawasan loji membasuh silika mentah di Kampung Sungai Bari, Setiu

”mengapa tidak didirikan kilang di kawasan tersebut agar dapat memberikan peluang keperjaan kepada penduduk tempatan?,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perusahaan lombong pasir silika itu yang dijanjikan kerajaan negeri tidak akan mengekspot hasil galian itu, secara mentah keluar.

Sekiranya kawasan perkampungan itu tidak sesuai dibina kila, beliau mengesyorkan supaya kilang memproses silika di kawasan Perindustrian Batu Tujuh Dungun.

”mungkin dari sudut ‘infra’ tidak tidak sesuai di situ……sepatutnya dibawa ke kawasan industri Batu Tujuh….kawasan itu masih luas lagi yang belum diterokai (boleh dijadikan kilang),

”amat malanglah kepada rakyat Terengganu (kerana tidak mendapat manfaat dari lombong silika),” kata beliau kesal.

Oleh itu, jelas kata beliau, pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu begitu lemah dan tidak mengotakan janji mereka.

”mereka berjanji….. industri silika akan mengujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan, (tetapi) nampaknya,

”selagi kita meletakkan (kepercayaan) kepada Umno dan BN memerintah negeri Terengganu, selagi itulah tidak banyak manfaat kepada rakyat dan para pemuda untuk mengisi peluang pekerjaan,” tegasnya.

Berita berkait;
Silika; Kerajaan Terengganu Mungkir Janji