SETIU – Perjuangan PAS yang diwarisi adalah diletakkan atas asas ‘keringat dan darah’ serta air mata generasi terdahulu.
Ahli jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, mereka telah ‘sanggup’ dizalimi, dianiaya, di tekan dan dipulaukan serta dinafikan hak serta mengorbankan segalanya demi cinta kepada Islam.
Katanya, segala ‘mehnah’ di tempuhi sehingga akhirnya, mereka meninggalkan jalan perjuangan kepada generasi masa kini dengan ‘lapang dan mudah’.


“Mereka dulu membersihkan hutan rimba tebal dan kita sekarang hanya menebas rumput dan semak samun,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jentera Pelancaran Pilihan Raya Pemuda PAS Jabi, Isnin 5 Mac, disini.
Menurutnya, para pejuang terdahulu menapak dalam gelap dan kepayahan menyediakan jalan perjuangan kepada anak muda sekarang, sehingga mampu berkonvoi dengan motosikal.


“dan jangan sia-siakan nikmat berada dalam saf perjuangan Islam anugerah Allah… kita berada di sini sebagai hamba yang bertuah pilihan Allah.,
“serta bukan semua orang berkesempatan dan mampu untuk istiqamah di medan ini,” tegas beliau.


Ia dihadiri lebih 200 orang pemuda Jabi yang bermula dengan konvoi bermotosikal sejauh enam kilometer dari Masjid Renek ke tapak program di Dewan As Syakirin kampung Bukit Tanah.
Turut menyampaikan ucapan ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Setiu Zaidan Abdullah dan Pengarah Pilihanraya DUN Jabi, Ustaz Zulbhari Abdul Rahman.




























