Puluhan Ribu Teruskan Bantahan Di Kashmir

1552

Puluhan ribu penunjuk perasaan yang marah turun ke jalan-jalan di seluruh wilayah Kashmir yang dikendalikan oleh India, melempar batu dan menjerit slogan anti-India.

Mereka bertindak demikan setelah tentera India membunuh empat orang awam dan dua orang yang disyakki pejuang.

Kebanyakan protes pada hari Isnin berpusat di sekitar bandar Shopian, tempat kejadian pembunuhan berlaku. 

Tiada laporan segera kematian atau kecederaan semasa demonstrasi, dimana pasukan keselamatan Delhi bertindak balas dengan menembak gas pemedih mata.

Kejadian tembakan orang awam yang berlaku di sebuah pos pemeriksaan tentera membakar semangat untuk mencetuskan lebih banyak rusuhan.

Rantau Kashmir dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan serangan pemberontak baru dan mengulangi bantahan awam terhadap peraturan India.

Pihak berkuasa meletakkan wilayah itu di bawah kawalan selepas pembunuhan malam Ahad lalu, mengerahkan tentera dan polis anti rusuhan, menutup sekolah dan perkhidmatan internet, dan memerintahkan mereka yang berada dijalanan pulang, dalam usaha untuk menggagalkan protes.

Tetapi kemarahan meluap-luap mengiringi pengkebumian enam orang mangsa dan pejuamg kemerdekaan Kashmir menyeru supaya orang ramai menutup perniagaan, membantu menyalakan lagi api demonstrasi.

Masalah itu bermula pada malam Ahad malam, ketika para pegawai tentera mendakwa sebuah kereta enggan berhenti di tempat pemeriksaan di luar pangkalan tentera Shopian dan pejuang di dalamnya menembak kearah askar.

Jurucakap tentera India Kolonel Rajesh Kalia berkata pemberontak dan tiga orang awam terbunuh apabila tentera melepaskan tembakan. 

Seluruh wilayah bergolak itu menyifatkan ia adalah satu pembunuhan tanpa belas kasihan, walaupun tentera India cuba memberi gambaran sebaliknya.

Pemimpin kumpulan pemisah Mirwaiz Umar Farooq menyelar propaganda tentera India yang cupa menghalalkan pembunuhan kejam itu.

Dalam usaha mengurangkan tekanan tunjuk perasaan, tentera telah menembak ke udara bagi menyuranikan satu perarakan pengkebiam salah seorang mangsa.

Pada Januari lalu, protes anti India juga meletus di seluruh wilayah selepas tentera membunuh tiga orang awam di kawasan yang sama.

Aktivis hak asasi menuduh tentera India telaha sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa, membunuh orang awam bagi mendapat pujian kerajaan India dan peluang untuk naik pangkat.

Kashmir telah ditinggalkan penjajah British berbahagi antara India dan Pakistan dan kedua-dua negara menuntut kuasa untuk memerintah kedua-dua wilayahyang bergolak itu.

Sehingga kini, 70,000 orang rakyat Kashmir telah menjadi korban dalam kebangkitan pejuang menuntut sebuah negara bebas atau bersatu dengan Pakistan