Terengganu, Malaysia

Pilihan raya Mesir diadakan Oktober

Pilihan raya Mesir diadakan OktoberPilihan raya Parlimen Mesir akan diadakan sebanyak tiga pusingan pada Oktober ini, kata majlis tentera yang memerintah negara itu.

Menurut Penolong Menteri Pertahanan, Encik Mamdouh Shahin, persiapan bagi pilihan raya itu akan bermula pada September ini, dengan pusingan pertama undian dijalankan 30 hari kemudian.

Menurut Encik Shahin, undian bagi Dewan Rakyat yang mempunyai 504 kerusi dan Majlis Syurah yang mempunyai 390 kerusi akan dijalankan secara serentak.

Tiga pusingan undian akan dijalankan, dengan setiap pusingan mempunyai jarak selama 15 hari.

[Gambar – penduduk Mesir berhimpun di Dataran Tahrir pada 11 Julai lalu menuntut pilihanaraya di adakan segera]

Separuh daripada kerusi Parlimen akan diperuntukkan bagi wakil pekerja dan peladang, kata Encik Shahin.

Menurut Encik Shahin lagi, Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) akan memindahkan kuasanya kepada pemerintah awam selepas pilihan raya itu.

‘Kami mahu seluruh dunia tahu bahawa pilihan raya ini akan dijalankan secara bebas dan telus, dan kami menggesa semua sektor dalam negara ini agar mengelakkan pencabulan ke atas keselamatan negara ini,’ kata Encik Shahin.

Beliau menarik perhatian bahawa usia minimum calon yang bertanding bagi kerusi Dewan Rakyat akan dikurangkan daripada 30 tahun kepada 25 tahun, bagi menarik penyertaan calon muda.

Usia minimum bagi calon Majlis Syurah pula akan kekal iaitu 35 tahun.

Selain daripada itu, kuota bilangan wanita dalam Parlimen yang diperkenalkan semasa pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak, akan dibubarkan.

Sehubungan dengan itu, Encik Shahin bagaimanapun berkata proses pilihan raya itu akan dipantau oleh para hakim negara itu.

‘Para hakim akan memantau seluruh proses dan kami tidak mahu campur tangan luar dalam ehwal dalaman negara ini,’ katanya.

Sementara itu, kabinet baru Mesir telah mengangkat sumpah semalam, lewat tiga hari berbanding jadual asal selepas diadakan rundingan pada saat-saat akhir.

Majlis angkat sumpah barisan Kabinet baru di bawah pimpinan Perdana Menteri, Encik Essam Sharaf, itu sepatutnya diadakan Isnin lalu tetapi ia ditangguhkan sehari selepas bantahan berhubung pemilihan bakal-bakal menteri.

Seramai 14 menteri baru dan Timbalan Perdana Menteri telah mengangkat sumpah semalam. — Agensi.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan