Terengganu, Malaysia

Rabitah, Hadapi ‘Mehnah’ Dan Ujian

Rabitah1

HULU TERENGGANU – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama ‘Rabitah’, akan mendepani cubaan dan ujian bagi meneruskan sistem pendidikan pondok dan pusat pengajian Islam dibawah satu ‘wadah’.

Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu Ustaz Ismail Osman berkata, disamping itu ia akan meningkat hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara pengendali institusi terbabit dan para pelajarnya.

“mudah-mudahan peyelarasan ini akan berlaku dan hubungan sesame kita akan bertambah erat kerana kita tahu kerja-kerja Islam ini penuh dengan ranjau dan ujian,

“ia akan menjadi kekuatan kepada gerakan Islam sebagaimana perjuangan mereka yang telah berjuang di masa lampau,” ujarnya.

Rabitah, Hadapi ‘Mehnah’ Dan UjianBeliau berkata demikian ketika merasmikan penutup Ijtimak Pondok dan Pusat Pengajian Islam Terengganu dan melancarkan ‘Rabitah’ di Pondok Ibtidai Batu 22 dekat sini, pada Sabtu 27 Januari.

Sehubungan itu, Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, himpunan selama tiga hari bermula Khamis, telah berjaya mengumpulkan 5,000 orang pengunjung.

Katanya, dengan berkat doa peserta Ijtimak yang turut dihadiri tokoh ulamak dalam dan luar negara, akan memberikan kejayaan pada pilihan raya umum datang.

Menurutnya, kemenangan PAS adalah amat penting kerana dengan kuasa pemerintahan PAS akan melaksanakan tuntutan Allah, menguatkuasakan Syariah.

Rabitah, Hadapi ‘Mehnah’ Dan Ujian“PAS telah meminda undang-undang tubuh negeri Terengganu mengikut syariat, menjadikan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai rujuk utama,

“walaupun telah diluluskan (dan mendapat perkenana Sultan) namun tidak dapat dilaksanakan apabila PAS tidak lagi berkuasa,

“kini undang-undang (Enakmen) itu di ‘petisejukkan’……dan hanya PAS yang layak bagi membuka ‘peti sejuk’ itu kembali (dan menguatkuasakan syariat),” jelas beliau, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Rabitah, Hadapi ‘Mehnah’ Dan Ujian

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan