Terengganu, Malaysia

Waspada Terhadap Serangan Pemikiran

Abdul Hadi Ijtimak Pondok

Oleh KAM

HULU TERENGGANU – Umat Islam hari ini diingatkan agar lebih berwaspada dengan bentuk serangan pemikiran yang cuba ditanam bagi melemahkan Islam selepas serangan ketenteraan.

Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata musuh-musuh Islam telah melancarkan serangan baharu bagi merosakkan pemikiran umat Islam.

Menurutnya, terdapat beberapa eleman yang cuba diterapkan agar kekuatan umat Islam itu dapat dilemahkan.

“Umat Islam menghadapi serangan baru setelah berlakunya serangan ketenteraan. Mereka (musuh) melancarkan serangan pemikiran.

“Pertama, mereka menjalankan gerakan Tansiriyah iaitu gerakan menasarakan orang Islam dan kedua, gerakan Taghribiyah iaitu membaratkan orang Islam,” tegas ketika merasmikan Ijtimak Pondok dan Pusat Pengajian Islam Terengganu di Pondok Ibtidai, Batu 22, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu pada Khamis 25 Januari.

Katanya, bagi menjayakan misi tersebut pihak musuh-musuh Islam cuba menerapkan kefahaman itu dalam bidang pendidikan.

“Mereka membina sekolah-sekolah ‘misionari’, sekolah-sekolah Kristian sama ada jajahan Inggeris, jajahan Belanda, jajahan Perancis untuk mengkristiankan orang Islam.

Waspada Terhadap Serangan Pemikiran“Mereka gagal tak berjaya kerana sebodoh-bodoh orang Islam, sejahil-jahil orang Islam tak meninggalkan agama mereka. Sejahil-jahil orang Islam tak baca Quran tapi (orang) buat hina Quran tak boleh, akan marah. Sayangnya kepada Islam,” jelasnya.

Presiden PAS itu juga menegaskan sekolah-sekolah Kristian dibuka dengan meluas dan mereka yang lulus diberikan pangkat besar serta gaji mahal.

Namun, kata Dato’ Seri Abdul Hadi masih ramai di kalangan orang Islam tidak terpengaruh dan berpegang teguh dengan pendidikan Islam.

“Mereka buka sekolah Kristian dan yang lulus sekolah ini jadi orang besar, gaji mahal (tapi) orang tak pergi, sikit sahaja. (mereka) Yang bodoh sahaja pergi, cerdik mengaji (pelajaran) tapi bodoh akal. Hidup dengan penjajah,” tegasnya dihadapan 500 hadirin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa gerakan Taghribiyah berlaku di seluruh dunia bagi membaratkan umat Islam agar berfikiran barat.

“Mereka tubuh sekolah-sekolah kebangsaan yang mengikut bangsa masing-masing. Sekolah Melayu di Tanah Melayu, sekolah Arab di negara Arab, sekolah Parsi, sekolah India di India dan sekolah Indonesia di Indonesia.

“Belajar bahasa masing-masing dengan cara yang licik dan licin. Mereka (penjajah) tukar Bahasa Melayu dari huruf Jawi kepada huruf Rumi. Bahasa Indonesia bahasa Jawi huruf Rumi. Bahasa Turki huruf Arab ditukar huruf Latin, huruf Rumi. Ini supaya orang Islam belajar dengan bahasa masing-masing dengan huruf Rumi,” jelasnya.

Apa yang berlaku, kata Ustaz Abdul Hadi bahawa ajaran yang lain dari Islam sebenarnya lemah sama ada agama, ideologi atau teori ciptaan manusia.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan