YDP PAS Kuala Nerus Dirawat Di Hospital

3218

KUALA NERUS – Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kuala Nerus, Cikgu M. Shukrimun Shamsuddin sedang dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh kerana serangan ‘angin ahmar’ (stroke).

Timbalan Pesuruhjaya II negeri Terengganu, Dr. Alias B. Razak berkata, keadaan beliau sekarang stabil dan beransur pulih dengan ubat bius telah dikurangkan sukatannya.

“Beliau dikejarkan ke Hospital dan terkini dimasukan ke Wad Kenanga 12, Katil 19, Tingkat 7, Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh, Pahang,” jelasnya.

Menurutnya, Cikgu M. Shukrimun diserang sakit tersebut ketika dalam perjalanan menghadiri program parti, anjuran Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Beliau yang juga Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kuala Nerus berkata demikian dalam kenyataan ringkas pada Rabu, 17 Januari.

Beliau berkata, Cikgu M.Shukrimen juga sudah memberi respons terhadap suara yang memanggilnya.

“In sya Allah beliau akan segera sembuh tanpa sebarang komplikasi,” tambah beliau, yang juga memohon orang ramai berdoa agar beliau cepat sembuh.

Sehubungan itu, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hasim turut memohon kepada semua umat Islam khususnya kawan-kawan beliau agar berdoa supaya Cikgu M. Shukrimun sembuh.

“doakan kesembuhan guru saya Cikgu Shukrimun (Bendahari PAS Terengganu) dan isterinya isterinya yg kedua-duanya diuji sakit,” ujar beliau, menurut catatan laman sosialnya.