Pembalakan Punca Banjir Hulu Dungun

2076

DUNGUN – Sistem pengambilan balak yang tidak terkawal dan berlebihan, didakwa sebagai punca banjir yang kerap berlaku di Hulu Dungun setiap kali musim tengkujuh.

Menurut seorang penduduk tempatan, Tengku Mohd Zulkarnain bin Tengku Man, 51, hal ini berlaku semenjak mulanya penebangan balak berlaku dipersekitaran tersebut sekitar tahun tahu 80-an.

“Sepatutnya sistem penebangan balak (di) setiap ada cerun mesti kena tinggal rezab, walau air ada ataupun takde air musim panas,

“baru hakisan itu tak turun ke sungai besar,” terang beliau yang melibatkan diri selama lebih 20 tahun di dalam kerja-kerja pembalakan.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Shukur, Bukit Besi pada Rabu, 3 Januari, ketika kerja-kerja gotong royong pembersihan masjid kampung tersebut, yang terjejas kerana banjir.

Sehubungan itu, bekas kelindan jengkaut itu menegaskan, akibat system yang tidak teratur itu, menyebabkan sungai menjadi semakin cetek.

“Contoh tahun ini hakisan sungai itu…….dia (lumpur) tutup sekaki tahun depan dia (jadi) naik juga sekaki air,

“(sungai) ini keadaan begitulah,” ujar beliau yang pernah menjadi penebang balak dan juga pemandu jentolak di kawasan pembalakan terbabit

Katanya, walaupun pihak berkuasa mengetahui perkara sebenarnya, namun kerajaan negeri tetapi tidak mengambil endah tentang masalah itu.

Disamping itu, beliau turut mendakwa wujudnya gejala penyelewengan dan unsur rasuah diantara ‘tauke’ balak dan juru ukur sempadan.

“Betul permohonan kita (di) buat (dan diluluskan) 500 ekar tapi apabila buat (ukur) sempadan dia akan diperbesarkan (luaskan), kayu itu jadi lebih,

“Kawasan (pembalakan) 500 ekar kayu sampai boleh 5,000, 6,000, 7,000, 8,000 tan! Ambik mana kayu tu?”, soalnya lagi.