Malaysia Baharu Di Bawah PAS

3548

Oleh : Suhaimi Taib

PAS perlu menjadi ‘Leader’ atau ‘King Maker’ kepimpinan negara bagi melihat berlaku perubahan sebenar dan arah tuju yang jelas pada dasar dan pentadbiran Malaysia.

Ia juga bagi membolehkan segala kepincangan dan salahurus negara diperbaiki menurut landasan yang betul, bukan sebaliknya.

Parti-parti lain, tidak mempunyai dasar yang jelas untuk memacu negara ke arah kemajuan dan keadilan yang sebenar.

Mereka hanya boleh menjadi rakan kerjasama membantu PAS membentuk negara Malaysia Baharu yang lebih berketerampilan dalam semua aspek.

Semua ini boleh diputuskan selepas kejayaan PAS menjadi ‘King Maker’ di peringkat Pusat, selepas pilihanraya umum ke 14 (PRU14) nanti.

Rakyat perlu faham persoalan ini dan memberi undi kepada calon PAS di mana-mana kawasan Parlimen yang dipertandingkan.

Sementara itu, saya masih pertaruhkan kedudukan PAS dengan BN di Terengganu, di kedudukan 50-50.

Namun peluang untuk PAS memerintah semula adalah cerah berdasarkan banyak faktor.

Pertama: Pengundi muda majoriti celik isu.

Kedua: Perebutan kepimpinan Umno Terengganu masih berterusan, akan berlaku ‘caj keting’ dalam pilihan raya umum ke 14 (PRU14) nanti.

Ketiga: Tekanan hidup akibat GST dan kenaikan harga barang makin terasa di kalangan rakyat.

Keempat: Pengaruh Pakatan Harapan (PH) terpinggir tidak akan mengubah pola kecendurangan rakyat memilih PAS sebagai parti pemerintah.

Kelima: BN tidak ada idea baharu untuk merubah kecenderungan rakyat mengekalkan parti itu terus memerintah Terengganu.

Keenam: Kelantan masih utuh dan maju bersama PAS walaupun pendapatan tahunan negeri amat jauh kekurangannya berbanding Terengganu.