KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu digesa bertindak proaktif bagi menyelesaikan isu penyakit ‘Japanese Encephalitis’ (JE).
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr M Khairuddin Aman Razali berkata, penyakit ‘zoonotik’ yang dibawa oleh ‘khinzir’ dan di sebarkan melalui nyamuk ‘culex’ adalah satu penyakit yang membawa risiko nyawa masyarakat.
“Surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus dalam isu…… ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak termasuk penduduk tempatan dan jawatan kuasa kampung (JKKK) serta kerajaan negeri Terengganu,
“Bagi pihak masyarakat pula perlu bekerjasama gotong-royong membersihkan kawasan semak yang menjadi pusat pembiakan khinzir,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Dialog dan ‘BBQ’ Pemuda Padang Air, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes JE dan aduan kehadiran khinzir di Kampung Mengabang Telipot.
Menurutnya, surat yang ditujukan kepada Pengarah Jabatan perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Terengganu bertarikh pada 5 Disember 2017.
Ia meminta agar Jabatan tersebut mengambil tindakan segera menangkap binatang tersebut kerana penyakit yang di bawa olehnya dan jangkitan virus berkenaan, dipercayai daripada lokaliti tersebut.
“Siasatan mendapati kehadiran khinzir yang menceroboh dan memasuki kawasan rumah mereka,
“Dan ianya bukan hanya melibatkan kampung Mengabang Telipot tetapi juga di penempatan serta kediaman orang kampung di seluruh parlimen Kuala Nerus,” tegas beliau.
Pautan; Babi Hutan Berkeliaran

https://youtu.be/AxrautgK5Js










