Terengganu, Malaysia

34 Sekolah Telah Dibangunkan Untuk Anak Pelarian Rohingya

63730

KUALA TERENGGANU – Agensi kemanusiaan PAS, PASRelief telah membangunkan sebanyak 34 buah sekolah telah untuk anak-anak Rohingya di kem-kem pelarian Cox Bazar, Bangladesh.

Pengarahnya Haji Sanusi Md. Nor berkata, selain itu PASRelief juga telah mendirikan masjid, mengagihkan peralatan, buku, alat tulis dan membiayai para guru.

“masjid enam buah, peruntukan untuk pendidikan bagi 34 buah sekolah termasuk bangunan, peralatan, buku-buku dan gaji guru,

“Lebih RM200,000 dibelanjakan melibatkan lebih 1,500 orang anak-anak pelarkan Rogingya,” jelasnya ketika dihubungi.

34 Sekolah Telah Dibangunkan Untuk Anak Pelarian RohingyaBeliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan sebuah pertubuhan antarabangsa telah memberi amaran generasi Rohingya ‘akan hilang’, sekiranya lebih 500,000 orang kanak-kanak pelarian tidak mungkin menerima persekolahan pada tahun 2018.

Menurutnya, sejak menggerakkan kempen untuk membantu pelarian Rohingya, PAS telah menghantar lebih daripada RM 2 juta dalam bentuk makanan.

Selain itu beliau berkata, kemudahan asas seperti khemah sementara (shelter), telaha tiub dan dilik mandi wanit juga telah dibina.

“in shaa Allah kita akan meneruskan program membantu pelarian Rohingya ini secara berterusan kerana belum adapenyelesaian mantap oleh pemain antarabangsa,

34 Sekolah Telah Dibangunkan Untuk Anak Pelarian Rohingya“bermakna……tempoh masa warga Rohingya yang kini berlindung di sempada Banglaseh-Myanmar tidak pasti dan mungki akan memakan masa bertahun-tahun,” ujarnya.

Justeru itu, beliau merayu kepada semua warga yag prihati untuk terus menyumbang kepada PASRelief bagi meringkan kesukaran yang dialami oleh Rohingya yang tertindas.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan melalui Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PASRelief N0. Akaun Maybank 5640 7061 1352

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan