Terengganu, Malaysia

Skandal Harta Felda; Bukalah Mata Dan Hati

skandal harta felda

KUALA TERENGGANU – PAS menggesa para peneroka Felda agar membuka mata dan hati atas apa yang berlaku terhadap skandal ‘harta’ Felda sendiri.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Malaysia, Dr Azman Ibrahim berkata, Felda yang diasaskan dengan penuh visi dan misi oleh Almarhum Tun Abdul Razak, akhirnya hilang ‘tanah tapak rumah sendiri’ dizaman anakanda Almarhum Tun Razak menjadi PM.

“Bila PAS dedahkan dengan segala fakta membuktikan bahawa Felda memang sedang dilanda masalah, dengan segala hujah kerajaan bela Felda dan menyalahkan PAS.

“Akhirnya rumah tangga Felda tergadai. Bumi dipijak milik orang. Di mana lagi pemimpin kerajaan BN dan pengurusan tertinggi Felda nak sorok muka?,” ujarnya.

http://buletinonline.net/v6/images/stories/berita52/dr%20azman%20ibrahim.jpgBeliau berkata demikian dalam satu kenyataanya hari ini, Khamis, 21 Disember.

Menurutnya, tanah bangunan Felda yang tergadai bukan kesilapan peneroka sebaliknya salah ‘penyangak’ yang rakus di atas sana.

“Mereka yang di atas sana bermewah gila-gila dengan imej konglomerat antarabangsa, tuan puan para peneroka bermandi keringat demi sesuap rezeki.

“Bukalah mata hati wahai saudaraku peneroka Felda untuk menilai apa yang sedang berlaku. Betapa keringat anda semua diperah selama ini. Hakikatnya segala yang diterima dari Felda walau hanya sebilah sabit, bayarannya akan dituntut dalam penyata,” jelas beliau dengan kesal.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan